• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekin Ibrahim Tiada Pengganti Selepas Putus Tunang

oleh Ahmad Albab
01/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Pekin Ibrahim memberitahu dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta sejak putus tunang dengan aktres Uqasha Senrose pada Mei 2014.

Pekin, 34, berkata, sehingga kini dia masih belum bertemu dengan mana-mana wanita yang memahaminya dan perkara itu membuatkan dia enggan memikirkan soal cinta buat sementara waktu.

“Saya percaya jodoh tidak akan kemana-mana dan saya pun belum bersedia untuk bercinta lagi.

“Bukannya serik, tetapi belum jumpa yang sesuai. Lebih baik saya fokus pada kerjaya seni dan perniagaan yang diusahakan,” katanya kepada mStar Online.

Pekin ditemui pada majlis perasmian kedai Bike Concept miliknya yang diusahakan bersama Mohd Solih Toha di Kota Damansara di sini pada malam Rabu.

Tambah pelakon filem Ophilia ini, dia juga belum memiliki kekasih kerana enggan hilang fokus terhadap perniagaan motor yang baru diceburinya itu.

Mengenai perniagaan Bike Concept, ia merupakan sebuah tempat membuat penambahbaikan pada motosikal berkuasa tinggi.

“Minat saya dalam dunia motor sejak kecil lagi dan sekarang ini pun saya bergiat aktif dengan kumpulan yang dipanggil Projek X dalam menjalani pelbagai aktiviti pengembaraan bersama motosikal berkuasa tinggi masing-masing.

“Sampai ke satu tahap, saya bersama rakan kongsi terus merancang ingin membuka kedai motor yang berbeza dengan kedai lain di mana kami menambahbaikkan sesebuah motor berkenaan. Alhamdulillah, akhirnya Bike Concept ditubuhkan.

“Ini masih lagi fasa pertama, banyak lagi perancangan yang akan dilakukan menerusi Bike Concept pada masa akan datang,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd