• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Bertugas Pada Hari Nahas QZ8501 Digantung Kerja

oleh
07/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia mengarahkan agensi-agensi penerbangan negara itu supaya menggantung kerja para pegawai yang bertugas semasa hari penerbangan AirAsia QZ8501 termasuk dari pusat kawalan trafik udara.

Arahan yang berkuat kuasa serta merta itu turut meliputi operator pengendali lapangan terbang antarabangsa Juanda Surabaya dan pejabat penerbangan di terminal tersebut, lapor media tempatan di sini hari ini.

Tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa republik berkenaan susulan terbongkar pelbagai amalan tidak selamat oleh beberapa syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa ekoran nahas pesawat AirAsia Indonesia itu.

Kapal terbang malang yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu hilang di Selat Karimata di perairan Laut Jawa dekat Kalimantan Tengah pada pagi 28 Disember lalu sebelum ditemui semula tiga hari kemudian.

Gambar hiasan

Kementerian Pengangkutan Indonesia turut mengesahkan, penerbangan QZ8501 langsung tidak mendapatkan kelulusan rasmi untuk menawarkan perkhidmatan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu, sebelum ia dipercayai terhempas.

Ia sekali gus bercanggah dengan tindakan pihak berkuasa penerbangan awam Singapura yang dilaporkan telah pun meluluskan laluan berkenaan pada hari kejadian atas permintaan daripada AirAsia Indonesia.

Pihak kementerian tersebut juga memberi amaran, sebarang syarikat penerbangan yang didapati sengaja melanggar peraturan ditetapkan, akan digantung jadual penerbangannya demi keselamatan nyawa penumpang.

Malahan AirAsia juga dibidas selepas timbul laporan yang mendakwa para juruterbang pesawat QZ8501 dan kapten pesawat lain juga tidak mendapatkan laporan cuaca terkini daripada agensi meteorologi rasmi pemerintah Indonesia.

Bagaimanapun, syarikat tambang murah berpangkalan di Malaysia itu telah menafikan sebarang salah laku yang didakwa oleh pihak berkuasa Indonesia sebaliknya menegaskan ia sudah mematuhi semua prosedur operasi standard.

Setakat ini 37 mayat mangsa telah dijumpai; sebahagian terperangkap di tempat duduk, dan sembilan mayat sudah dikenal pasti manakala lima objek besar dipercayai bangkai pesawat berjaya dikesan, namum kotak hitam masih belum ditemui. – Agensi

(*GAMBAR HIASAN)

Tags: AirAsiaCuacaIndonesialaluanQZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd