• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patah Kaki Tidak Halang Sharifah Shahira Terus Aktif

oleh Ahmad Albab
20/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira atau Shira tetap aktif dengan aktiviti sehariannya walaupun doktor mengesahkan tulang (metatarsal bone) bahagian kaki kirinya patah akibat terjatuh basikal pada Disember lalu.

Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 40, bagaimanapun berkata, doktor tidak menjalankan sebarang pembedahan terhadap kecederaan tersebut sebaliknya tulang tersebut akan bercantum semula menerusi pergerakan.

“Sakit itu memang sakit kerana ia membataskan pergerakan saya tetapi doktor beritahu dengan pergerakan tulang tersebut akan bercantum semula secara semulajadi dan ia tidak membimbangkan.

“Saya hanya masuk hospital selama dua hari di KPJ Tawakal Kuala Lumpur sebelum menyambung semula aktiviti seni dan tugas di konti Ultra FM,” katanya kepada mStar Online.

Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Shira berkata, dia pada awalnya tidak menyedari tulang bahagian kakinya itu patah dan menyangka ia terseliuh akibat daripada kejadian itu.

Katanya, dia hanya mengetahui perkara itu selepas tukang urut memberitahu tidak dapat mengurut kakinya kerana ia bukan terseliuh tetapi tulang tersebut patah dan memintanya untuk pergi ke hospital mendapatkan rawatan.

“Saya tidak fikir ia serius biarpun sakit dan hanya berjumpa tukang urut kerana menyangka hanya terseliuh namun selepas mengetahui keadaan sebenar saya segera ke hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Shira yang kini jarang dilihat muncul di televisyen berkata, dia banyak menumpukan perhatian kepada tugas di konti radio selain mengacara majlis-majlis tertutup.

Tambahnya lagi, tumpuannya kini turut diberikan kepada restoran miliknya dan suami, Zulkifli Azhari atau Ijoy, 40, iaitu Enjoys Corner yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

“Biarpun jarang dilihat di televisyen tetapi saya sebenarnya masih sibuk dengan pelbagai aktiviti terutama restoran milik kami. Hampir setiap malam kami akan berada di sana untuk meninjau keadaan,” katanya.

“Berlakon memang jarang sekarang tetapi banyak buat iklan televisyen dan mengacara majlis tertutup,” katanya. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd