• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tetap Kerjasama Dalam PR Walau Anwar Dipenjara

oleh AK-47
28/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS akan tetap menjalinkan kerjasama dengan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP dan PKR biarpun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan dipenjarakan kerana kesalahan meliwat.

Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, jika Anwar akan dipenjarakan semula, hubungan dan kerjasama antara parti dalam pakatan itu akan menjadi lebih kukuh.

“Anwar tidak ada ada, Kak Wan ada, Azmin ada. Itu pimpinan mereka. Presiden, Timbalan. Kita bekerjasama dengan parti bukan dengan orang.

BACA JUGA – Pilihan Raya PBT : Mustafa Ali Anggap Lim Guan Eng Celupar

“Masa kita tubuhkan Barisan Alternatif dulu pun Anwar masih kat dalam lagi.

“Itu bukan sebab (PAS nak keluar Pakatan). Lagi kukuh Pakatan Rakyat sebab kita bertanggungjawab meneruskan (Pakatan),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Beliau ditanya wartawan, adakah PAS akan keluar dari PR sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan memerintahkan Anwar dipenjara.

Dalam reaksinya berkenaan pertelagahan antara PAS dan DAP, Mustafa berkata PAS belum sampai ke tahap mengambil keputusan untuk meninggalkan pakatan berkenaan.

“Tak berbangkit isu itu. Jangan cepat sangat.

“Niat tiada siapa tahu, di dalam hati,” katanya.

Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon sebelum ini pernah mendakwa parti PAS dan UMNO mungkin membentuk kerajaan perpaduan sekiranya Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ke penjara.

Mengulas dakwaan itu, Mustafa berkata beliau tidak pernah berhubung dengan MCA.

“Tak tahu dia kata apa, dia tak pernah tanya saya,” katanya.

Tarikh 10 Februari bulan depan telah ditetapkan Mahkamah Persekutuan untuk mengumumkan keputusan rayuan pembelaan untuk membebaskan Anwar daripada hukuman penjara lima tahun yang diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan Mac tahun lepas.

Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

– MYNEWSHUB.CC

Video Penjelasan PAS Berkenaan Kerajaan Campuran Di PAS Dan UMNO Di Kelantan

Tags: DAPPASPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd