• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ombak Besar Landa Pantai Labuan

oleh AK-47
02/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN: Ombak besar membadai pantai Labuan malam tadi dan menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk, nelayan serta pengusaha pengangkutan laut.

Beberapa nelayan tempatan dan tekong bot dilaporkan tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain berikutan keadaan laut yang bergelora teruk.

“Saya belum pernah melihat ombak sebesar ini,” kata Rahim Yussof, 45, yang bertugas dengan sebuah syarikat minyak dan gas kepada Bernama hari ini.

Beliau merujuk kepada ombak setinggi dua dan empat meter yang membadai struktur jeti berhampiran Pelabuhan Labuan.

“Ombak begitu tinggi, manakala angin pula sungguh kencang hingga menimbulkan suasana ngeri dan menakutkan,” katanya.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menasihati pengendali bot, nelayan dan pemancing supaya berhati-hati dan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Meteorologi bagi mendapatkan maklumat tentang cuaca dan keadaan laut.

Jabatan itu hari ini meramalkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Pahang, timur Johor, Sarawak, Sabah (pedalaman, daerah Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga Ahad.

Dalam kenyataannya, jabatan itu berkata angin Kategori Dua selaju 50 hingga 60km sejam dan ombak hingga setinggi 4.5 meter di kawasan berkenaan adalah berbahaya kepada semua kegiatan perkapalan, termasuk perkhidmatan feri dan menangkap ikan, serta aktiviti di pesisiran pantai. – BERNAMA

Tags: Labuanombak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

28/11/2025
0

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan maut dalam kereta yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim, di sini,...

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

24/05/2024
0

Labuan : Enam individu ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup masuk 486 karton minuman keras dalam serbuan di tebing Sungai Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd