• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Sarawak Makin Buruk, Najib Jamin Pantau Keadaan

oleh AK-47
20/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN banjir di Sarawak terutama di bahagian Kuching, Samarahan, Mukah dan Limbang yang semakin buruk hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan beliau akan memantau keadaan tersebut.

Najib turut memberi jaminan, operasi bantuan sudah dikerah dan akan disalurkan secepat mungkin kepada mangsa terlibat.

Najib Pantau Keadaan Banjir Di Sarawak, Arah Bantuan Segera

Media tempatan melaporkan, jumlah mangsa banjir di negeri itu terus meningkat menjelang petang ini apabila bilangan mangsa mencecah 3,892 orang berbanding 3,458 orang, tengah hari tadi.

Setakat jam 6 petang Isnin, mangsa yang berada di pusat pemindahan di daerah bahagian Kuching kini berjumlah 2,119 orang, Samarahan (717), Mukah (519) dan Limbang (537).

(BACA: Banjir Di Sarawak Bertambah Buruk Petang Ini)

Pada masa sama, fenomena air pasang besar juga diramalkan akan berlaku bermula pada hari ini (19 Januari).

Najib Pantau Keadaan Banjir Di Sarawak, Arah Bantuan Segera

Memetik laporan The Borneo Post, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) menerusi satu kenyataan menyebut, stesen-stesen telemetri te­lah mencatat paras tinggi dengan jumlah hujan terkumpul yang banyak.

“Keadaan di hulu sangat tidak elok. 70 peratus stesen telemetri yang mengukur paras air dan jumlah hujan mencatat kadar paras merah iaitu paras yang tinggi dan jumlah hujan terkumpul hingga 4.30 petang Ahad mencatat  bacaan 1,600 milimeter.

“Ini adalah jumlah hujan yang amat banyak,” kata kenyataan tersebut.

Di bawah kami kongsikan gambar operasi pemindahan mangsa banjir di beberapa kawasan yang dikongsikan di Facebook Friends of BN- Sarawak. -MYNEWSHUB.CC

Najib Pantau Keadaan Banjir Di Sarawak, Arah Bantuan Segera

Najib Pantau Keadaan Banjir Di Sarawak, Arah Bantuan Segera

BANJIR SWAK 3

Oleh: ELZA

Tags: BanjirbencanaNajib Tun Razaksarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd