• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafas Belanja RM1.5 Juta Bantu Ahli Peladang Terjejas Banjir

oleh Ahmad Albab
27/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) membelanjakan RM1.5 juta bagi membantu ahli pertubuhan itu membangunkan semula kawasan pertanian dan penternakan mereka yang terjejas teruk akibat banjir.

Pengerusi Nafas Datuk Seri Saipolbahari Suib berkata bantuan itu diagihkan kepada 106 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Kedah dan Perlis.

“Setiap PPK menerima jumlah bantuan bernilai RM5,000 yang disalurkan menerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), kita juga memberi input pertanian seperti biji benih, benih ikan dan anak pokok.

“Selain itu, Nafas turut memberi bantuan awal persekolahan kepada 6,000 anak-anak ahli peladang di negeri terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab di Wisma Bernama di sini, malam tadi.

Menurut beliau, Nafas turut menghantar seramai 2,400 sukarelawannya ke kawasan yang dilanda banjir bagi membantu membersihkan kawasan kediaman mangsa selepas banjir.

Dalam pada itu, Saipolbahari berkata Nafas sedang mengenal pasti jumlah anggotanya di seluruh negeri yang terjejas oleh banjir baru-baru ini dan nilai kerugian sebenar yang dialami.

“Kita masih dalam perincian jumlah ahli yang terjejas dan nilai keseluruhan kerosakan, yang mana ianya memakan masa,” katanya.

Setakat ini, seramai 850,000 peladang menganggotai 277 PPK dan 14 PPN di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: BanjirPertanian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd