• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lama Ditinggalkan, Isteri PM India Setia Menanti ‘Panggilan’ Suami

oleh Ahmad Albab
01/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MINGGU lalu Presiden Barrack Obama membuat kunjungan hormat ke negara India ketika Hari Republik India dan sudah tentulah, beliau bertemu dengan perdana menteri negara tersebut, Narendra Modi.

Namun, kebanyakan media antarabangsa yang membuat liputan tertanya-tanya, di manakah wanita pertama India pada saat negara tersebut sedang meraikan hari bersejarah serta menyambut kedatangan pemimpin berpengaruh seperti Obama.

Sementelah, Obama turut membawa isterinya, Michelle Obama dalam lawatan tersebut.

INDIA-US-DIPLOMACY

Semenjak dahulu lagi, Jashodaben Chimanlal Modi memang tidak pernah kelihatan berada di samping pemimpin utama India itu, walaupun setelah beliau diangkat menjawat kerusi perdana menteri.

Rupa-rupanya, di sebalik misteri tersebut, tersembunyi satu kisah sedih yang menimpa Jashodaben. Menurut portal New Zealand Herald, wanita pertama India itu masih menantikan panggilan daripada suaminya itu setelah berdekad tidak bertemu.

Jashodaben-620x400

Memetik kenyataannya dalam laporan tersebut, “Jika dia memanggil saya, saya akan pergi,” merujuk kepada harapannya agar Modi, 64, menjemputnya untuk sama-sama berada di samping pemimpin itu.

Tambahnya, “Saya dengar semua ucapannya di televisyen. Saya rasa gembira setiap kali mendengarnya. Saya mengharapkan dia dapat menunaikan semua janji-janjinya kepada rakyat. Itu doa saya kepada Tuhan.”

[BACA INI JUGA: Isteri PM India Rimas Dijaga, Diekori Pengawal 24 Jam]

Sebelum ini, status perkahwinan Modi bersama Jashodaben tidak diketahui umum hinggalah Modi mendedahkannya pada April tahun lalu sebulan sebelum beliau dilantik menjadi perdana menteri.

Pasangan tersebut berkahwin pada usia belasan tahun sebelum Modi memutuskan untuk ‘mengabdikan’ dirinya dalam bidang politik beberapa tahun selepas berkahwin dan meninggalkan Jashodaben di sebuah perkampungan kecil di Gujarat.

Walaupun berpuluh-puluh tahun tidak bertemu, namun Modi tidak pernah menceraikan isterinya itu. -MYNEWSHUB.CC

Temubual Media India Bersama Isteri Narendra Modi, Jashodaben

https://www.youtube.com/watch?v=0sFj0G2GgG0

Tags: IndiaPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - “Budak yang PMX sebut ini, kita orang kat Johor dah kenal sangat dah. Budak itulah yang selalu...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd