• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Tak Boleh Tapi Pakai Baju Kurung Cara Betul – Pengetua

oleh AK-47
17/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara, Mohd. Amir Abdul Ghani menjelaskan isu pelajar disuruh pulang kerana memakai baju kurung, tercetus akibat salah faham antara pelajar dan ibu bapanya.

Menurut Mohd. Amir, pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.

“Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung,” kata Mohd. Amir.

Dalam pada pada itu Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) S.Barathidasan berkata, ibu bapa pelajar bukan Melayu tidak pernah meminta anak-anak mereka supaya memakai baju kurung ke sekolah.

Beliau sebaliknya mendakwa, pemakaian baju kurung dalam kalangan pelajar sekolah bukan Melayu selama ini dikehendaki oleh kerajaan.

“Sebenarnya ibu bapa pelajar bukan Melayu tidak sama sekali meminta anak-anak mereka memakai baju kurung, ia adalah kehendak pihak kementerian, jabatan dan sekolah.

“Oleh demikian Mipas mengesyorkan pelajar bukan Melayu memakai sahaja pakaian seragam skirt untuk mengelakkan insiden tersebut berulang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

BACA: Isu Selesai, Sekolah Halau Pelajar Pakai Baju Kurung Minta Maaf

Beliau mengulas insiden seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun dilarang memakai baju kurung oleh pihak pentadbiran sebuah sekolah di Kuala Lumpur atas alasan baju kurung hanya untuk pelajar perempuan Melayu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: NGO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

08/06/2026
0

KULAI - Sebanyak RM306,000 telah disalurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai bagi menyokong pelbagai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd