• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Laman Web Khas Mudahkan Waris Dapat Maklumat

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Laman sesawang khas, www.mh370.gov.my, yang diwujudkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhubung misi pencarian pesawat MH370 memudahkan orang ramai terutamanya waris mangsa mendapatkan maklumat mengenai misi tersebut.

Menyatakan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Komunikasi dan Media Insiden MH370, Datuk Jailani Johari berkata, “Laman sesawang ini diwujudkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris serta Bahasa Mandarin.

“Untuk ‘Next-of-Kin’ (NOK) (waris) satu kata laluan khas untuk mereka mengakses.

“Setiap NOK diberikan kata laluan yang berasingan dan mereka boleh mengakses berkaitan proses serta perkembangan pencarian, pampasan dan sebagainya.

“Untuk rakyat di negara China, kita wujudkan laman sesawang khas ini dalam Bahasa Mandarin yang mana ia merupakan permintaan kerajaan China.

“Untuk NOK Malaysia dan negara lain, mereka boleh mengakses dalam Bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Program Bicara Bersama Mahasiswa Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.

Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata laman sesawang ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Dengan adanya laman sesawang ini juga, tidak timbul isu bahawa ada maklumat yang disembunyikan atau sebaliknya sebab kerajaan Malaysia sentiasa berhubung dengan kerajaan China serta Australia dalam hal ini dan kita akan teruskan misi pencarian MH370,” katanya.

Jailani berkata pihaknya juga berharap dakwaan yang menjadi viral di laman sosial kononnya kenyataan kerajaan berhubung hasil pencarian MH370 satu pembohongan, dihentikan segera. – BERNAMA

Tags: MH370
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd