• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mercy M’sia Terlibat Proses Pemulihan Banjir Di 5 Kawasan

oleh Ahmad Albab
18/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pasca banjir yang dijalankan Mercy Malaysia kini memasuki fasa pemulihan dengan fokus kepada pembinaan semula tempat tinggal untuk mangsa banjir.

Pengarah Wilayah Mercy Malaysia Norazam Ab Samah berkata bagi fasa pemulihan itu, Mercy terlibat secara khusus di lima kawasan iaitu Kuala Krai, Machang dan Dabong di Kelantan, kawasan Perak Tengah di Perak dan Maran di Pahang.

Katanya, kerja-kerja pemulihan badan bukan kerajaan itu termasuk membina semula sistem sanitasi dan kesihatan yang musnah akibat banjir besar yang melanda beberapa negeri Disember lepas serta memastikan kanak-kanak dapat kembali ke sekolah.

“Selain itu, kami juga memastikan mangsa banjir dibekalkan dengan barang-barang keperluan asas seperti dapur gas supaya dapat membantu mereka membina semula kehidupan” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas majlis penyerahan sumbangan banjir oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pengasas dan penaung Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin di Kelab Golf Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sejumlah RM200,000 disumbangkan kepada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) manakala RM200,000 kepada Mercy Malaysia.

Mercy Malaysia merupakan antara kumpulan awal yang menggerakkan sumber mereka dalam membantu mangsa banjir pada peringkat awal bencana itu. – BERNAMA

Tags: BanjirMERCY
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd