Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Abai Mesej Program...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menasihatkan pembayar cukai tidak...

BASARNAS Yakin Temui Bangkai...

JAKARTA - Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) nahas AirAsia QZ8501 yang memasuki seminggu,...

Remaja Perempuan Ditahan Lakukan...

Sik : Baru memiliki lesen L namun seorang remaja perempuan sudah berani melakukan...

“Enggan Berubah Punca Teksi...

SHAH ALAM - Kegagalan perkhidmatan teksi menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa menyebabkan mereka...

Mengecapi Kehidupan ‘Selesa’ Warga Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Melangkah ke bulan Februari pada Ahad ini, maka genaplah sudah 41 tahun usianya Kuala Lumpur diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan.

Dalam tempoh masa yang panjang itu, yakni melebihi empat dekad perjalanannya, wajah bandar raya ini sudah jauh berbeza hasil daripada pelbagai bentuk transformasi yang membanggakan.

Hanya bermula sebagai pekan kecil perlombongan bijih timah, Kuala Lumpur yang diterokai sejak 1857 itu, kini berdiri megah hasil pertumbuhan dan pembangunan pesat sebagai ibu negara.

Impak pemodenan ini membuatkan dunia mula mengenalinya melalui bangunan pencakar langit termasuklah sistem pengangkutan awam yang canggih seperti Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, komuter mahupun yang bakal siap nanti projek Transit Aliran Massa (MRT).

Segala pembangunan pesat ini, membawa nikmat kepada ‘syurga pelaburan’ serta penumpuan pekerjaan sehinggalah bandar raya ini mencatatkan peningkatan kepadatan penduduk yang begitu ketara.

Dalam kepesatan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memikul tanggungjawab besar untuk menjadikan ia sebuah bandar raya yang maju dan sejahtera sesuai sebagai lokasi tempat tinggal, bekerja dan bermain.

BERTARAF DUNIA

Apatah lagi, hanya tinggal enam tahun dari sekarang (2020) Kuala Lumpur merealisasikan matlamat menjadi negara bertaraf global. Enam tahun, bukanlah satu tempoh masa yang panjang.

Dan ini, sudah tentu memberi cabaran terbesar kepada DBKL sebagai Pihak Berkuasa Tempatan mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diterajui oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Ketika menemui beliau di pejabatnya baru-baru ini untuk menemubual sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang diraikan pada 1 Feb, ternyata ketegasannya dalam membicarakan hala tuju ibu negara ini.

Bagi Ahmad Phesal, konteks bandar raya hebat perlu memenuhi ciri-ciri berdaya huni yang mana ia tidak hanya terbatas kepada pembangunan fizikal semata-mata.

Akan tetapi, penekanan penting yang harus diambil perhatian jitu adalah menyejahterakan kehidupan warga bandar supaya dapat membangkitkan ‘sense of belonging’ dalam kehidupan mereka.

Keperluan ini, adalah berlandaskan kepada pembangunan mampan dan holistik dengan mengambil kira kualiti kehidupan menerusi penyediaan suasana yang baik, bersih, selesa dan komprehensif.

“Suasana yang kondusif, adalah sebagaimana dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjadikan Kuala Lumpur bandar raya yang ke-20 terbaik di dunia. Maka, ini adalah satu penegasan amat penting kepada kita.

“(Oleh itu,) DBKL akan terus memastikan kesejahteraan hidup warga kota dapat dikecapi melalui bentuk persekitaran yang berkualiti, selamat, mudah sampai dan harmoni,” jelas Ahmad Phesal.

Kuala Lumpur ialah satu daripada tiga Wilayah Persekutuan di negara ini, dua lagi ialah Putrajaya dan Labuan.

MASIH IGAUAN

Selain itu, DBKL komited memastikan bandar raya ini menjadi pusat perkembangan ekonomi, budaya, pendidikan, pelancongan, kesihatan yang unggul di rantau ini.

Hasilnya, warga kota dapat menikmati limpahan pembangunan dan kemajuan melalui kemudahan yang disediakan.

Bagaimanapun, dalam kepesatan itu masih ada misi yang harus ditambah baik bagi menyeimbangkan lagi keseluruhan pembangunan dan menjadi sebuah bandar raya paling selesa di dunia.

Ahmad Phesal mengakui, isu banjir kilat dan pokok tumbang setiap kali berlakunya hujan lebat antara masalah yang masih menjadi igauan bagi bandar raya metropolitan ini.

“(Kita) perlu faham, ada kawasan yang kapasiti longkangnya tidak dapat lagi menampung kapasiti pembangunan yang ada. Kedua, terdapat longkang-longkang yang rosak dan tersumbat.

“Manakala yang ketiga, longkang-longkang yang dicadangkan untuk naik taraf melalui kelulusan pembangunan.

“Oleh itu, kita tidak boleh melaksanakan projek ini dan perlu menunggu sehingga pembangunan itu dilaksanakan dan longkang menjadi sebahagian daripada keperluan perancangan,” jelas beliau.

PENAMBAHBAIKAN


Antara pendekatan dilaksanakan adalah memastikan semua pemaju memberikan perhatian serius akan kerja-kerja tanah supaya aspek berkaitan dengan longkang tersumbat dapat diatasi bagi mengelakkan masalah banjir kilat.

“Kami telah menghantar kontraktor untuk melakukan pemeriksaan secara video ke kawasan pembentungan sehingga ke Sungai Klang dan membersihkan semua sampah semasa pemeriksaan itu dijalankan,” katanya.

Mengulas banjir yang melanda di Jalan Ipoh/Jalan Rahmat pada akhir tahun lepas, ia adalah disebabkan limpahan air dari sungai utama, Sungai Batu dan Sungai Gombak.

DBKL akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)) untuk memulihkan semula tebatan batu yang sedia ada di kawasan PWTC.

“Sementara menunggu kerja-kerja itu dilaksanakan, kami telah mengarahkan kontraktor untuk memulakan kerja-kerja mendalamkan sungai berkenaan bagi memastikan kapasiti hidraulik sungai berkenaan bertambah baik,” katanya.

Selain itu, DBKL melancarkan beberapa projek penambahbaikan perparitan baharu.

Antaranya pembinaan sebuah pembetung berkeluasan 2.4m x 1.5m di Jalan Madrasah, Taman Melati dari Sri Langkawi ke Sungai Belongkong dan pembinaan beberapa rumah pam dan penambahbaikan infrastruktur perparitan di kawasan Jalan Chow Sow Lin.

Hasilnya, jumlah aduan berkaitan dengan perparitan dan banjir telah menurun sebanyak 33 peratus iaitu 86 peratus pada 2014 berbanding 129 tahun 2013.

KESELAMATAN

Berkaitan dengan pokok tumbang pula, arahan telah diberikan kepada Jabatan Landskap Negara untuk mempergiatkan pemeriksaan pokok-pokok, kata Ahmad Phesal.

Malahan, DBKL dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalinkan kerjasama untuk menentukan pokok-pokok yang wajar ditanam.

“Walaupun mempunyai nilai, tetapi dari segi keselamatan menjejaskan keselamatan orang ramai, keputusan akan dibuat untuk menebangnya. Soal keselamatan kita tidak boleh bertolak-ansur,” ujarnya.

Penekanan keselamatan juga mengambil kira penyelenggaraan jalan-jalan berlubang, lampu tidak bernyala dan menaik taraf ‘main hole’.

Ini kerana, ‘main hole’ dikenal pasti sebagai antara punca berlakunya kemalangan di bandar raya.

“Kita serius dalam memastikan jalan-jalan dari segi pembinaan dan sebagainya mematuhi keperluan kualiti dengan kerjasama Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia). Dan, kita juga telah melantik syarikat selia melihat penyediaan jalan-jalan di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam masa sama, DBKL dalam proses memperkemaskan garis panduan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan untuk penurapan jalan, kerja-kerja pembaikan dan pengorekan di bandar raya ini.

SAMBUTAN HARI WILAYAH

Menyejahterakan kehidupan warga kota juga adalah bertumpu kepada permintaan dan keperluan rumah mampu milik, yang mana DBKL amat maklum mengenai perihal berkenaan.

“Ada projek-projek yang kita minta mereka menyediakan rumah mampu milik apabila pemaju ini meminta untuk mendapatkan peningkatan ruang lantai perdagangan ataupun kepadatan penduduk lebih daripada sepatutnya.

“Keduanya, kita memberikan keutamaan kepada projek-projek yang tanahnya dimiliki kerajaan untuk diberikan penekanan kepada rumah mampu milik,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Phesal berkata sambutan Hari Wilayah Persekutuan kali ini akan diadakan secara sederhana berikutan langkah berjimat-cermat sejajar dengan tindakan kerajaan pusat mengurangkan kos operasi.

Bertemakan ‘Wilayahku Ceria’ antara aktiviti yang diadakan ialah Kenduri 1Wilayah dengan Kuala Lumpur akan mengadakannya pada 14 Feb.

Selain hadiah istimewa untuk cabutan bertuah berupa dua buah kereta Proton Saga dan lima motosikal bagi penduduk di bandar raya ini yang membayar penuh cukai taksiran 2014. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori