• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Semak Di Ara Kuda

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Mayat lelaki dipercayai rakyat asing ditemui dalam kawasan semak berhampiran sebuah kilang kayu di Jalan Ara Kuda, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata mayat berbungkus dengan kain selimut seperti dikafan itu ditemui seorang lelaki yang melalui kawasan itu pada pukul 8.30 pagi.

“Lelaki itu melalui kawasan berkenaan sebelum terbau benda busuk.

“Dia mendekati bungkusan seperti kafan dan ternampak mayat lelaki dipercayai berusia lingkungan 30-an…lokasi kawasan semak itu agak jauh dari jalan besar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat yang lengkap berpakaian seluar jeans dan t-shirt warna gelap itu.

Rusli berkata pemeriksaan awal oleh pasukan forensik mendapati mayat lelaki itu tidak mempunyai tanda suntikan BCG di lengan dan polis juga tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes bunuhMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd