• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Isytihar Semua Penumpang MH370 Terkorban

oleh AK-47
21/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman semasa sidang media di sini hari ini mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap terkorban. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman semasa sidang media di sini hari ini mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap terkorban. – Foto BERNAMA

Kerajaan komited meneruskan usaha untuk merungkai tragedi malang itu dengan kerjasama dan bantuan berterusan daripada kerajaan China dan Australia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Ketika membuat pengumuman itu menerusi televisyen yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM, beliau berkata: “Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan … dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban.”

“Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum menemukan lokasi pesawat yang hilang itu,” katanya.

Azharuddin berkata kerajaan Malaysia mengakui bahawa pengisytiharan mengenai kemalangan MH370 itu amatlah sukar bagi keluarga dan orang tersayang 227 penumpang dan 12 anak kapal untuk pertimbangan, apatah lagi menerimanya.

Beliau berkata 13 negara, juga kehilangan warganya terdiri daripada lelaki dan perempuan dalam tragedi ini tetapi bagaimanapun adalah penting bagi anggota keluarga cuba untuk meneruskan kehidupan biasa, atau kehidupan seperti biasa sebaik mungkin selepas kehilangan mengejut ini.

PUTRAJAYA: Reaksi Isteri dan anak kepada Mohd Hazrin Hasnan, Krew Penerbangan Pernerbangan Malaysia MH370, Intan Maizura Othaman dan Muhammad semasa meninggalkan perkarangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas sidang media pengumuman khas perkembangan terkini kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dibatalkan di sini hari ini. Bagaimanapun, sidang media tersebut yang dijadual berlangsung pukul 3.30 petang tadi, dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Pengumuman pembatalan itu dibuat selepas media menunggu kira-kira 40 minit di dewan ibu pejabat DCA di Presint 4, Putrajaya yang turut dihadiri ahli keluarga dan waris mangsa.
- Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Reaksi Isteri dan anak kepada Mohd Hazrin Hasnan, Krew Penerbangan Pernerbangan Malaysia MH370, Intan Maizura Othaman dan Muhammad semasa meninggalkan perkarangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas sidang media pengumuman khas perkembangan terkini kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dibatalkan di sini hari ini. Bagaimanapun, sidang media tersebut yang dijadual berlangsung pukul 3.30 petang tadi, dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Pengumuman pembatalan itu dibuat selepas media menunggu kira-kira 40 minit di dewan ibu pejabat DCA di Presint 4, Putrajaya yang turut dihadiri ahli keluarga dan waris mangsa.
- Foto BERNAMA

“Tanpa niat langsung untuk meredakan perasaan anggota keluarga, adalah diharapkan bahawa pengisytiharan ini membolehkan keluarga mendapatkan bantuan yang diperlukan, terutama menerusi proses pampasan,” kata Azharuddin.

Pesawat Malaysia Airlines itu hilang pada 8 Mac, 2014, ketika dalam penerbangan ke Beijing setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

Azharuddin memberitahu negara dan penonton antarabangsa bahawa pengisytiharan MH370 adalah satu kemalangan dibuat mengikut Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (biasanya dikenali sebagai Konvensyen Chicago).

Azharuddin berkata Bab 1 Lampiran 13 konvensyen menyatakan bahawa definisi “kemalangan” termasuk “pesawat hilang”.

Ia juga menyatakan bahawa “pesawat dianggap hilang apabila pencarian secara rasmi telah dihentikan dan bangkai pesawat tidak ditemukan”.

Lampiran 12 konvensyen seterusnya menyatakan bahawa istilah “mencari” merujuk kepada operasi untuk mencari orang yang berada dalam kesukaran.

Azharuddin berkata fasa mencari dan menyelamat dijalankan pada hari pesawat hilang sehingga 28 April 2014 dengan kawasan pencarian meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi.

Beliau menegaskan bahawa operasi pencarian di bawah permukaan air masih berterusan pada masa ini dan operasi itu dijalankan oleh empat buah kapal iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan Fugro Supporter. Pencarian telah meliputi kawasan seluas lebih 18,600 kilometer persegi sehingga semalam. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd