• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yassin Mahu Selesai Tunggakan Sewa Rumah RM30K Cara Baik

oleh Ahmad Albab
27/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas anggota kumpulan Senario iaitu Yassin Yahya hanya bersedia memberi kenyataan selepas isu tertunggak hutang sewa rumah lebih RM30,000 selesai.

Isteri pelawak itu, Farah Wahida Maharidan berkata, suaminya memerlukan sedikit masa untuk berhadapan dengan media kerana pada masa ini dia dalam proses untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan pihak tuan rumah secara baik.

“Kami memang memilih untuk tidak beri apa-apa kenyataan buat masa ini dan Insya-Allah apabila semuanya sudah selesai dia (Yassin) akan buat satu sidang media dalam masa terdekat ini.

“Sekarang dalam proses untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik,” ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Farah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kegagalan pelawak itu untuk menyelesaikan tunggakan sewa rumah lebih daripada RM30,000.

Kegagalan Yassin, 37, membayar RM1,450 sebulan menyebabkan tuan rumah berkenaan naik angin lalu melelong segala barangan milik pelawak itu.

Sementara itu, Farah berkata, Yassin kini berada dalam keadaan tertekan dan belum bersedia untuk memberi pendedahan dan menjelaskan perkara itu.

“Ya, keadaan dia sihat cuma agak sedikit tertekan dengan perkara ini dan belum bersedia untuk bertemu dengan sesiapa.

“Tentang tunggakan itu ada sedikit salah faham antara kami dan tuan rumah dan ia sedang diselesaikan secara baik,” ujarnya. – mStar Online

Tags: pelawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

03/07/2024
0

Shah Alam : Pelawak serta isterinya yang ditahan polis berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd