• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Benar Wan Ji Rujuk Isu Perlembagaan

oleh Ahmad Albab
16/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk merujuk isu perlembagaan berhubung tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadapnya, ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Slamat Yahya membenarkan permohonan tertuduh mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Beliau berkata mahkamah itu terikat dengan keputusan mahkamah lebih tinggi berhubung kes-kes seumpamanya.

“Mahkamah ini perlu melihat sama ada isu tersebut tertakluk kepada Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan dengan itu mahkamah membenarkan kes tersebut dirujuk ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

Slamat bagaimanapun menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan prosiding kes berkenaan sehingga Mahkamah Tinggi selesai meneliti isu itu.

Ini kerana jika perbicaraan kes itu ditangguh, ia akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, kata Slamat.

Perbicaraan kes itu ditetapkan lima hari bermula 5 Mei.

Pada 5 Jan lepas, Wan Ji, 33, mengemukakan permohonan untuk merujuk kepada mahkamah yang lebih tinggi berhubung pertuduhan dikenakan ke atasnya berdasarkan persoalan sama ada Akta Hasutan 1948 adalah konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan dan sama ada Akta itu bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan bersuara.

Dia dituduh menerbitkan penerbitan menghasut bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 di sini pada 10 pagi, 5 Nov 2012.

Wan Ji didakwa mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 10 Sept tahun lepas.

Tertuduh diwakili peguam N. Surendran, Latheefa Koya dan Radzlan Jalaludin manakala pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Selangor Mohd Azari Harun. – BERNAMA

Tags: kes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd