Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Bekas KM Pulau Pinang...

Mana-mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau...

Tukar Kerusi MCA-UMNO Atas...

BENTONG - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pertukaran kerusi antara...

Bekas CEO SSM Didakwa...

IPOH - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd...

WOW.. Pizza Hut vs...

BERITA baik buat penggemar pizza semua!Kedua-dua outlet pizza popular di Malaysia, Pizza Hut...

MAHA 2014 Catat Hasil Jualan RM52 Juta, Terbaik Sejak 1999

PETALING JAYA – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 mencatat kutipan hasil RM52 juta, yang tertinggi sejak ianya diadakan pada 1999.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah hasil jualan itu jauh menjangkaui sasaran awal kementerian sebanyak RM20 juta.

“Pencapaian begitu besar dalam penganjuran kali MAHA kali ini dan terbaik pernah dilaksanakan. Jika dua tahun lalu (2012) pendapatan keseluruhan dalam jualan langsung sepanjang sebelas hari pameran ialah RM24 juta, jumlah itu meningkat kepada RM52 juta tahun 2014,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas menghadiri Malam Apresiasi MAHA dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2014, di sini malam tadi.


Ismail Sabri berkata MAHA 2014 juga berjaya mencapai sasaran pengunjungnya seramai 3.5 juta termasuk peningkatan penglibatan golongan muda sebagai peniaga. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori