• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liyana Jasmay Elak Anak, Suami Dicemuh Masyarakat

oleh Ahmad Albab
22/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Liyana Jasmay tidak membenarkan akaun laman sosial seperti Instagram dibuka untuk anaknya dan suami kerana bimbang mereka akan terdedah dalam persekitaran dunia glamor atau menjadi terkenal seperti selebriti lain.

Liyana, 26, berkata, perkara tersebut dilakukan bagi melindungi kedua-dua insan kesayanganya agar tidak dicemuh dengan kata-kata kesat oleh masyarakat khususnya pemilik laman media sosial.

“Anak dan suami adalah privasi bagi saya dan saya hanya berkongsi dengan peminat kadang-kadang sahaja gambar mereka. Tidak perlu berkongsi segala-galanya di laman sosial tentang mereka.

“Saya mahu melindungi mereka daripada orang bercakap buruk kerana saya tidak boleh terima apa yang orang perkatakan tentang mereka. Sebab itu saya tidak mahu beri banyak ruang kepada masyarakat melihat kekurangan dan kelebihan mereka,” ujarnya kepada mStar Online.

Liyana berkata demikian ketika diminta pendapat tentang trend segelintir artis yang gemar membuka akaun media sosial untuk anak yang baru dilahirkan.

Malah Liyana menambah, dia tidak akan membawa suaminya ke majlis-majlis hiburan kecuali jika ia benar-benar perlu sahaja.

Jelasnya, majlis hiburan yang dihadiri hanyalah untuk kerja dan tidak sesuai dicampur dengan urusan keluarga.

“Kalau anda lihat saya jarang bawa suami ke mana-mana majlis hiburan kecuali ia memang penting. Kebanyakan majlis hiburan yang saya hadir adalah atas urusan kerja. Macam juga dia (suami) ke pejabat tak kan saya nak ikut,” katanya.

Sementara itu, Liyana berkata, anak sulungnya Sofia Arissa yang kini berusia lapan bulan sudah menerima tawaran beberapa iklan kormersial.

Dia menerima tawaran iklan tersebut selagi ia tidak menganggu proses pembesaran bayinya itu.

“Sekarang dia ada buat dua iklan kormersil iaitu Samsung dan Nippon. Tapi dia tidak perlu buat apa sangat cuma ambil gambar sahaja.

“Lagipun saya nampak dia gembira sahaja ketika sesi fotografi tersebut,” ujarnya.

Selain itu, Liyana berkata, syarikat penerbitan miliknya iaitu Mermaid Studio bakal menerbitkan sebuah filem dan dalam proses mencari pelakon yang bersesuaian dengan filem tersebut.

“Syarikat saya akan menerbitkan sebuah filem dan Insya-Allah akan mula persiapannya pada bulan April ini. Buat masa ini saya masih mencari pelakon dan jika semuanya sudah pasti saya akan umumkan tentang perkara itu,” katanya.

Sementara itu, Liyana bakal keluar dengan filem romantik berjudul Isyarat Cinta bergandingan dengan pelakon Adi Putra dan Fizo Omar.

Katanya, filem tersebut merupakan sebuah karya yang sukar dan mencabar kemampuannya sebagai pelakon.

“Dalam filem ini saya menjadi seorang gadis yang cacat penglihatan dan jatuh cinta dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Cerita ini sangat mencabar dan setiap hari pada penggambaran tersebut saya rasa tertekan kerana terlalu susah. Ia banyak bermain dengan emosi,” ujarnya.

Filem terbitan RK Screen itu akan ditayangkan diseluruh pawagam pada 19 Mac depan manakala tayangan amal bagi mengutip derma mangsa banjir pada 4 Mac depan.

– mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd