SEORANG lelaki ditahan oleh Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tengah hari, Isnin lalu kerana cuba melontar bom petrol ke arah Surau Assyakirin, Taman Jati di Rawang, Selangor.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tangkapan berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada unit itu.
Pada awalnya, saksi yang tinggal berhampiran surau berkenaan berkata kejadian membaling bom petrol telah berlaku sebanyak dua kali pada 18 Januari lepas, sekitar pukul 2.45 pagi.
MENARIK – Remaja OKU Hilang Setelah Ke Surau
“Kejadian ini telah disedari jemaah yang masih berada di surau yang telah menyergah suspek, menyebabkan suspek terus melarikan diri dengan sebuah motosikal dan satu laporan polis dibuat,” katanya.
Ekoran laporan polis, kelmarin pasukan anggota Forensik Bukit Aman ditugaskan ke lokasi kejadian untuk menyiasat perkara berkenaan.
“Semasa siasatan dibuat bahagian forensik PDRM, seorang lelaki dikatakan datang kembali dengan sebuah motosikal dan dia tidak sedar akan kehadiran pihak polis sebelum itu.
“Suspek cuba membaling bom petrol sekali lagi tetapi tidak sempat kerana ternampak anggota polis di dalam surau.
“Beliau cuba berpatah balik tetapi telah dihalang oleh penduduk berdekatan surau yang menyepak motosikal tersebut menyebabkan suspek jatuh dan berjaya diberkas,” katanya.
Suspek telah dibawa ke balai dan pihak polis masih menyiasat motif kejadian ini.
Gambar suspek yang memakai baju T berwarna biru ketika ditahan kini tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak semalam. -MYNEWSHUB.CC
Oleh: IBNU KÂÂ
Video Pencuri Pura-Pura Solat Untuk Mencuri Dalam Surau
http://youtu.be/sAJmNp5oj8c


