• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Kes Pembalakan Haram Sentiasa Disiasat – SPRM

oleh Ahmad Albab
18/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Semua laporan berkaitan kes pembalakan haram yang berlaku di seluruh negara sentiasa disiasat dan akan diambil tindakan sewajarnya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata kegiatan pembalakan haram telah menjejaskan alam sekitar sehingga menyebabkan berlaku banjir buruk baru-baru ini.

“Semua laporan kami siasat dan siasatan dilakukan dari semasa ke semasa di semua negeri yang ada laporan tentang pembalakan haram,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks SPRM Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata SPRM mempunyai beberapa kaedah siasatan melibatkan aktiviti pembalakan itu.

“Kami akan siasat dan bawa ke mahkamah jika ada keterangan, tetapi kalau keterangan tidak cukup, kami akan kaji sistem dan prosedur yang digunakan. Jika ia didapati ada keperluan untuk diubah, maka kami mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya perubahan dasar dilakukan,” katanya.

Mengenai usaha melicinkan proses pemberian bantuan kepada mangsa banjir atau mengekang penyelewengan, Abu Kassim berkata mana-mana pihak atau individu yang berminat boleh membantu pihaknya dengan menjadi sukarelawan untuk menyalurkan maklumat.

“Jumlah kami tak ramai jadi kami perlu sukarelawan, jadi jika ada sukarelawan yang ingin membantu SPRM, kami jemput daftarkan diri dan kami akan beri taklimat.

“Kami akan buat tapisan dan pra syarat adalah mereka tidak boleh isytihar mereka daripada SPRM kerana mereka hanya bertindak sebagai pemberi maklumat yang tidak menzahirkan identiti mereka kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata SPRM menerima 45 panggilan daripada orang awam berkenaan isu berkaitan banjir di seluruh negara selepas Jawatankuasa Integriti Pengurusan Dana dan Tabung Banjir ditubuhkan baru-baru ini.

“Sebanyak 36 panggilan yang diterima adalah pertanyaan umum tentang bantuan banjir dan bakinya adalah aduan tidak puas hati kerana tidak mendapat bantuan,” katanya.

Abu Kassim berkata semua pihak juga dinasihati untuk tidak menggunakan sentimen politik ketika melakukan proses pemberian bantuan kepada mangsa banjir.

Katanya orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat sebarang tuntutan palsu kerana tindakan tegas akan diambil mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 sekiranya didapati bersalah. – BERNAMA

Tags: PembalakanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd