Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Wujudkan Ekosistem Pendidikan Yang...

MUKAH – Sarawak akan mewujudkan ekosistem yang baik bagi mendekatkan anak-anak negeri ini...

KWSP Nafi Beri Insentif...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenal pasti satu mesej tular...

VPCM Lancar Akademi Automotif...

KUALA LUMPUR - Akademi Automotif Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) yang baru ditubuhkan bertujuan melahirkan tenaga kerja teknikal bertaraf global, mampu menangani...

Penulis Novel Saman Ziela...

PENERBIT drama, Datuk Ziela Jalil yang berjaya 'menawan' hati penonton menerusi drama bersiri...

Kutipan Hasil Kastam RM35.19 Bilion Tahun Lepas

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memungut hasil berjumlah RM35.195 bilion tahun lepas, meningkat 5.8 peratus atau RM2.07 bilion berbanding athun 2013, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad.

“Ini adalah angka tertinggi dalam sejarah Kastam. Ia hampir mencapai sasaran kita sebanyak 98 peratus bagi pungutan hasil tahun lalu,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia ke-33 di sini hari ini, yang dirasmikan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Mengenai kes rampasan, beliau berkata sebanyak 5,944 kes bernilai RM726 juta direkod tahun lepas, membabitkan cukai sebanyak RM437 juta.

“Bilangan kes rampasan telah menurun sebanyak 16 peratus berbanding tahun sebelumnya susulan peningkatan kecekapan Jabatan Kastam dalam aspek penguatkuasaan dan pematuhan,” katanya.

Mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP), beliau berkata jumlah pendaftaran sehingga 21 Jan tahun ini adalah sebanyak 306,887 syarikat.

“Angka ini telah melebihi sasaran 300,000 pendaftaran. Ini merupakan satu kejayaan Jabatan Kastam,” kata Khazali.

Pada majlis itu, Husni melancarkan Pelan Strategik JKDM 2015-2019 yang merupakan kesinambungan kepada pelan strategik lalu bagi memeta hala tuju, rangka dasar agenda pembangunan dan pemodenan pengurusan sistem penyampaian perkhidmatan.

Sambutan Hari Kastam Sedunia bertemakan Penyelarasan Pengurusan Sempadan: Pendekatan Inklusif Bagi Menghubungkan Pihak Berkepentingan.

Khazali berkata fokus tahun ini sempena sambutan diberikan kepada kawalan sempadan secara bersepadu antara agensi dalam dan luar negara bagi memperoleh kecekapan yang lebih besar berbanding kawalan secara bersendirian.


“Kerjasama antara agensi-agensi perlu dijalin secara inklusif bagi mengurangkan duplikasi atau pertindihan tugas, menjimatkan kos melalui ekonomi bidangan, meningkatkan kecekapan pengurusan risiko, mengurangkan kos pengangkutan dan meningkatkan kecekapan daam penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Sementara itu di KUCHING, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sarawak dilapor berjaya merampas barangan seludup bernilai RM371,761.47 dengan cukai berjumlah RM2,549.646.67 hasil perolehan 26 kes di seluruh negeri setakat ini bulan ini.

Manakala sepanjang tahun lalu, jabatan berkenaan membuat rampasan bernilai RM6,953,268.89 membabitkan cukai berjumlah RM8,870,939.11.

Pengarah JKDM Negeri, Datin Dayang Fatimah Johari dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media berkata dalam tempoh tersebut, bahagian penguatkuasa jabatan itu berjaya memperoleh 669 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

Beliau sebelum itu menyampaikan perutusan ketua pengarah JKDM dalam majlis sambutan Hari Kastam Sedunia di Wisma Kastam di sini.

Dayang Fatimah juga berkata operasi penguatkuasaan di sempadan kini dipergiatkan terutama menjelang musim perayaan bagi memastikan barangan larangan tidak dibawa masuk dan barangan bersubsidi seperti minyak masak, gula dan tong gas tidak diseludup keluar.

Beliau berkata pihaknya telah melancarkan Operasi Perayaan bagi tujuan itu selama sebulan mulai 19 Jan lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori