Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan ‘Datin’ Terlibat...

KUANTAN – Polis menahan seorang wanita bergelar ‘Datin’ kerana dipercayai terlibat dengan sindiket...

Sultan Selangor Murka, PKR...

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan menyifatkan tindakan Parti Keadilan Rakyat...

Harga RON 95, Diesel...

PUTRAJAYA - Harga RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM2.20 seliter dan RM2.18...

Pelan Induk Pejalan Kaki...

KUALA LUMPUR - Satu garis panduan kemudahan pejalan kaki dan basikal yang selamat...

Kronologi Kes Bunuh Berprofil Tinggi, Altantuya Shaariibuu

SEMBILAN tahun berlalu, akhirnya kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu berakhir dengan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati terhadap dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK).

Dua anggota tersebut adalah Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.

Menurut fakta kes, jasad wanita tersebut telah diletupkan dengan bahan letupan C4 oleh kedua-dua tertuduh bagi menghapuskan bukti.

malaysia_mongolian_murder

[BACA INI: Kes Altantuya: Azilah Dan Sirul Ke Tali Gantung Juga]

Mengimbas kembali kes yang mendapat perhatian masyarakat Malaysia, pada 26 Oktober 2006, Cif Inspektor Azilah (tertuduh pertama) dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman ditahan berhubung kehilangan model tersebut.

Pada 6 November, tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar pula ditahan atas sebab yang sama. Sehari kemudian, penganalisis politik, Abdul Razak Baginda ditahan bagi membantu siasatan.

photo_1377232751200-1-HD

15 November kemudian, Azilah dan Sirul dituduh di Mahkamah Majistret di Shah Alam atas pembunuhan model tersebut. Dalam dakwaan itu, mereka dituduh melakukan pembunuhan di Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Shah Alam, Selangor, antara 10 malam pada 19 Oktober hingga 1 pagi 20 Oktober.

Sehari kemudian, Razak Baginda pula didakwa bersubahat dalam pembunuhan tersebut antara 9.45 pagi hingga 11.05 pagi pada 18 Oktober di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang.

abdul-razak-baginda-mazlinda-makhzan-rowena-abdul-razak-2008-10-30-22-3-0

Pada 19 Jun 2007, perbicaraan bagi kes tersebut bermula buat ketiga-tiga tertuduh. Setahun selepas itu iaitu pada 31 Oktober, Mahkamah Tinggi membebaskan Razak tanpa memerintahnya membela diri selepas keputusan memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.


Pada hari sama, Mahkamah Tinggi turut memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Azilah dan Sirul Azhar dan memerintahkan mereka membela diri.

14 November kemudian, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah membuat pengesahan bahawa pendakwaan tidak akan merayu terhadap pembebasan Abdul Razak.

Awal 2009, kedua-dua tertuduh memulakan prosiding pembelaan diri. Setelah berlangsung selama empat bulan, pada 9 April, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-dua tertuduh setelah Mahkamah Tinggi mendapati mereka bersalah.

Sehari selepas itu, Azilah menfailkan notis rayuan terhadap hukumannya diikuti Sirul tiga hari selepas itu.

Empat tahun selepas itu, pada 24 Jun 2013, Mahkamah Rayuan membuat pendengaran terhadap rayuan dikemukakan mereka berdua.

Pada 23 Ogos tahun yang sama, mahkamah membenarkan rayuan dikemukakan Azilah dan Sirul lantas membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh Altantuya. Pendakwaan terus menfailkan rayuan pada hari sama.

Pada 23 Jun tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan yang dikemukakan pihak pendakwaan. – MYNEWSHUB.CC

Komen Bekas Ketua Polis Negara Terhadap Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu

https://www.youtube.com/watch?v=gl_qKTXxoJw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori