• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Arah Siasat Pemilik Twitter Persenda Tragedi MH370

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
Tan Sri Khalid Abu Bakar
Tan Sri Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Twitter yang mempersendakan tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, dengan mendakwa ia bukannya kemalangan.

Khalid melalui laman Twitternya meminta Pusat Tindakan Siasatan Siber polis (CIRC) untuk mengesan dan menyiasat pemilik akaun ‘Fazel’ yang membalas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Twitternya @NajibRazak yang melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa MH370 berikutan pengumuman khas oleh Jabatan Penerbangan Awam.

“PCIRC@PDRMsia Sila kesan dan siasat ‘Fazel’ di bawah ini,” katanya.

Khalid juga memaparkan gambar di laman Twitternya terhadap identiti dan kenyataan ‘Fazel’ yang membalas kenyataan Perdana Menteri di twitter @NajibRazak.

Semalam kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan Penerbangan Malaysia MH370 sebagai nahas dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggap terkorban.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Sebanyak 153 orang daripada penumpang merupakan warga China; 38 warga Malaysia; tujuh warga Indonesia dan enam warga Australia.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemukan, malahan selepas misi mencari besar-besaran digerakkan di selatan Lautan Hindi, tempat ia dipercayai terjatuh selepas melencong daripada laluan. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd