• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontraktor M’sia Rasuah Pegawai Tentera Laut AS RM125 Juta

oleh AK-47
17/01/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kontraktor warganegara Malaysia mengaku bersalah atas tuduhan melakukan penipuan dan rasuah membabitkan puluhan juta Dolar Amerika ke atas pegawai rasmi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Portal Astro Awani melaporkan tertuduh, Leonard Francis, 50, dari syarikat pembekal perkapalan Glenn Defense Marine Asia (GDMA) membuat pengakuan tersebut di Mahkamah Persekutuan San Diego.

MENARIK – Penyelia Syarikat Dipenjara 45 Hari Rasuah Balak… 45 Hari Je?

Francis mengaku bersalah bersama seorang lagi tertuduh iaitu pegawai Tentera Laut AS Kapten Daniel Dusek.

Dusek adalah pegawai berjawatan paling tinggi dalam sejarah Tentera Laut negara itu yang disabitkan atas kesalahan membabitkan rasuah.

Empat lagi tertuduh yang turut dibicarakan merupakan pegawai yang masih berkhidmat.

Dusek, 47, mengaku menggunakan jawatannya sebagai pegawai kanan tentera dalam memastikan kapal-kapal berlabuh di pelabuhan tempat syarikat Francis beroperasi.

“Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila Leonard berjaya merasuah pegawai tentera laut dengan menawarkan mereka barangan yang tidak bermakna dan kepuasan berkepentingan peribadi,” kata Pendakwaraya AS, Laura Duffy.

Francis didapati bersalah atas tuduhan memberi rasuah, berkonspirasi melakukan rasuah serta berkomplot untuk mencabar kedaulatan AS.

Dia mengaku menyeleweng sejumlah AS35 juta (RM125 juta) dan diperintah membayar semula kepada pihak Tentera Laut AS sebarang jumlah yang ditentukan mahkamah.

Dalam pengakuannya, Francis bersetuju dia telah meraih puluhan juta dolar dengan mengenakan bayaran terlalu tinggi bagi bahan bakar, perkhidmatan bot tunda dan pelupusan bahan buangan.

Syarikat Francis juga memberikan bermacam-macam hadiah kepada pegawai Tentera Laut AS terlibat termasuk wang tunai AS$500,000, perkhidmatan pelacur bernilai ratusan ribu, percutian dan penginapan di hotel mewah.

Lain-lain hadiah antaranya, hidangan mewah daging Kobe, alkohol, cerut dari Cuba, beg tangan berjenama mewah, jam tangan, perabot, barangan elektronik, pedang hiasan dan model kapal buatan tangan.

Sebagai pulangan, pegawai tentera laut tersebut membekalkan Leonard maklumat sulit termasuk jadual pelayaran kapal selain mendapat layanan istimewa dalam pemberian kontrak.

Prosiding mahkamah bagi menjatuhkan hukuman ke atas Leonard ditangguhkan ke 3 April depan. – MYNEWSHUB.CC

Video Latihan Pasukan Khas SEALS Tentera Laut Amerika Syarikat

http://youtu.be/lyb2dMBHDsU

Tags: Amerika SyarikatJenayahrasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Arab Saudi Bina Tembok 1,000 Kilometer Halang Militan IS

Next Post

Rumah Baharu Mangsa Banjir Siap Tiga Bulan

Related Posts

Penjaga Kebun Didenda RM5,000 Kerana Rasuah Polis

Penjaga Kebun Didenda RM5,000 Kerana Rasuah Polis

15/08/2025
0

Kuantan: Penjaga kebun didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah kepada...

Bicara Kes Rasuah Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin 25 Ogos

Bicara Kes Rasuah Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin 25 Ogos

08/08/2025
0

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berdepan tiga pertuduhan...

Next Post

Rumah Baharu Mangsa Banjir Siap Tiga Bulan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd