• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Rasuah Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin 25 Ogos

oleh Mohd Arshad
08/08/2025
dalam Jenayah
0
Bicara Kes Rasuah Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin 25 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM350,000, akan bermula 25 Ogos ini di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Rosli Ahmad mengekalkan tarikh perbicaraan kes rasuah melibatkan Sayed Amir Muzzakkir Al Syaed Mohamad dari 25 hingga 28 Ogos dan mengarahkan untuk menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan pada 22 Ogos.

Pada perbicaraan hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Hazel Tan Jia Qi telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan pernyataan saksi pada 31 Julai lepas.

Peguam Md Yunos Shariff yang mewakili Sayed Amir Muzakkir berkata pembelaan akan mengemukakan pernyataan di bawah Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebelum tarikh perbicaraan.

Pada 23 Mei lepas, Sayed Amir Muzzakkir, 43, didakwa menerima suapan RM350,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd Wan Azhar Mohamed Yusof sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan infrastruktur, pelayan, perisian dan radio pengguna Sistem RMPNet untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM381.1 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris Dutamas pada 4 dan 16 Dis 2020.

Sehari kemudian, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu lagi pertuduhan meminta suapan RM350,000 daripada individu sama bagi tujuan sama di pejabat Nexuscorp di Seksyen 7, Shah Alam awal Disember 2020.

Semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes di Shah Alam telah dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

-Harian Metro

Tags: Hamzah ZainudinrasuahSetiausaha Politik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd