• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Setakat Ini Belanjakan RM800j Bantu Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Kerajaan setakat ini membelanjakan kira-kira RM800 juta menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membantu mangsa di negeri-negeri yang terlibat dalam musibah banjir baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata peruntukan berkenaan digunakan bagi membekalkan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa yang terlibat dalam musibah itu.

“Kerajaan juga sedang bersiap sedia mengeluarkan peruntukan luar jangka sekiranya banjir melanda semula, namun setakat ini jumlah peruntukan tersebut belum ditentukan lagi,” katanya kepada pemberita pada Program Misi Kemanusiaan bBantuan Banjir Kementerian Kewangan melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dekat sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Pengerusi Yayasan 1MDB Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman.

Ahmad berkata kerajaan juga sudah bersedia untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, bagaimanapun agihan itu hanya akan diberikan setelah mendapatkan senarai lengkap nama mereka yang terjejas akibat banjir.

“Kita bersedia, kalau arahan minta selesai bulan Januari, kita selesaikan, namun masalahnya ialah pendaftaran mangsa banjir … difahamkan ada yang tak berpindah, duduk di lereng bukit, rumah rakit .. .pendaftaran perlu rapi supaya yang layak tu menerima,” katanya.

Ahmad berkata kerajaan memerlukan berbilion ringgit bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan memulihkan semula kawasan serta negeri-negeri yang mengalami banyak kemusnahan infrastruktur dan kerugian akibat banjir.

“Sebab itu keputusan kerajaan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) (mulai 1 April) adalah satu keputusan yang tepat kerana ia boleh menampung hasil negara akibat kekurangan hasil petroleum.

“Maka saya harap rakyat berlapang dadalah apabila dikenakan GST kelak kerana sebahagian besar cukai berkenaan digunakan bagi proses pemulihan selepas banjir dan membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap lebih ramai sukarelawan khususnya penuntut institut pengajian tinggi, pelatih Giat Mara dan kolej komuniti turun padang bagi membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah mereka.

Pada program itu, Ahmad turut melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Pesagi di sini bersama-sama sukarelawanan 1MDB dengan menaiki bot manakala Yayasan 1MDB turut menyumbangkan bekalan makanan dan alat membersih kediaman kepada penduduk seperti sabun. – BERNAMA

Tags: Ahmad Maslanmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Banjir Dijamin Perolehi MyKad Dalam 24 Jam

Next Post

Polis Tahan 5 Lelaki Kes Pecah, Larikan Mesin ATM

Related Posts

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

23/03/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menitahkan sukarelawan Southern Volunteers memberi bantuan segera kepada mangsa banjir. Tunku Mahkota...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Polis Tahan 5 Lelaki Kes Pecah, Larikan Mesin ATM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd