• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Terus Meningkat, Kematian Diramal Bertambah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi tiga minggu pertama tahun ini, sebanyak 8,502 kes denggi dilaporkan di seluruh negara iaitu peningkatan sebanyak 65 peratus atau 3,361 kes berbanding minggu sama pada tahun 2014 iaitu 5,141 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, kematian akibat denggi sepanjang tempoh itu turut meningkat iaitu sebanyak 20 kes kematian berbanding cuma tujuh kematian pada tahun lalu.

Menurut beliau, salah satu faktor peningkatan kes denggi itu akibat perubahan serotaip denggi yang berlaku pada bulan Ogos 2014 kerana pada masa tersebut terdapat perubahan serotaip dominan daripada DEN 2 kepada DEN 1.

“Daripada pemerhatian KKM akan berlaku peningkatan kes dan kematian selepas empat bulan daripada serotype shift ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Subramaniam berkata, faktor lain yang menyebabkan peningkatan kes denggi adalah faktor persekitaran tidak bersih, pergerakan manusia yang menyebarkan virus denggi, faktor cuaca dan pengurusan sampah yang tidak sempurna.

Kata beliau, lokasi wabak aktif nyamuk denggi paling banyak dilaporkan waktu ini di Selangor, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai melakukan perkara berikut untuk menangani wabak denggi:

1. Menjaga kebersihan persekitaran kawasan perumahan masing-masing dengan memastikan sampah sarap dibuang dengan berhemah dan kaedah yang betul. Memeriksa premis kediaman dan kawasan persekitaran mereka sekurang-kurangnya10 minit setiap minggu serta memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.

2. Melakukan pencegahan denggi di dalam rumah iaitu :

a. Mengunakan semburan aerosol di dalam rumah semasa nyamuk Aedes sedang aktif iiatu diantra 5 -7 pagi dan petang dengan kaedah berikut :

ii. Pastikan tiada penghuni di dalam bilik semasa semburan aerosol dijalankan.

iii. Tutup semua tingkap dan pintu dan jangan biarkan makanan terdedah

iv. Sila patuhi arahan penggunaan pada label botol aerosol untuk keselamatan anda

v. Sembur aerosol di serata bilik selama 5-10 saat

vi. Sembur secara terus di tempat nyamuk berehat kebiasaanya tempat yang gelap dan terlindung seperti bawah meja, belakang almari, bawah katil dan stor barang/ peralatan

vii. Tinggalkan bilik selepas menyembur dan biarkan tertutup sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk semula.

b. Memasang jaring penghalang nyamuk di tingkap rumah bagi mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah.

c. Penghuni rumah boleh juga memasang penghalau nyamuk seperti “mosquito Mat”, “Vaporizer” dan lingkaran penghalau nyamuk semasa berada di dalam rumah pada waktu subuh atau senja.

3. Untuk pencegahan denggi di luar rumah, pihak masyarakat digalakkan untuk menggunakan repelan atau memakai baju berlengan dan berseluar panjang serta berwarna cerah bagi melindungi dri dari gigitan nyamuk Aedes.

4. Mengaktifkan program COMBI serta gotong-royong di kawasan kediaman masing-masing terutama di lokaliti hotspot bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes seperti di kawasan tanah lapang, taman rekreasi, tempat ibadat dan sebagainya.

5. Bagi mengelakkan berlakunya kematian, pihak masyarakat perlu mengetahui gejala demam denggi seperti demam kuat secara mengejut, sakit kepala, sakit sendi, ruam pada badan dan amaran awal seperti sakit perut, cirit birit dan muntah berterusan. Sekiranya mengidap gejala dan tanda-tanda tersebut, perlu mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran.

“Semua pihak perlu mengambil serius isu peningkatan kes dan kematian denggi yang berlaku pada masa ini,” tegas Subramaniam. – mynewshub.cc

Tags: demam denggiKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd