• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kertas UPSR Bocor, 2 Pegawai LPM Didapati Tak Bersalah

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) yang digantung tugas sebelum ini kerana kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan tidak bersalah.

Kedua-dua mereka ialah Pengarah LPM Dr Na’imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.

Pada ketika itu, mereka digantung daripada menjalankan tugas sehingga siasatan kes berkenaan selesai.

Perkara itu diberitahu Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh tetapi kedua-duanya kini telah dibenarkan bertugas semula seperti biasa.

BACA JUGA – Muhyiddin Terima Laporan Akhir Siasatan Kebocoran Soalan UPSR

Beliau berkata mereka kini telah ditugaskan di tempat lain.

“Mereka tidak bersalah tetapi ditukarkan ke tempat lain,” katanya pada sidang media selepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Idris berkata keputusan itu berdasarkan laporan akhir siasatan Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam di Malaysia yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

Pada September tahun lepas, kertas soalan UPSR melibatkan beberapa subjek telah dikesan bocor dan ia telah menyebabkan jadual peperiksaan berkenaan tahun lalu terpaksa diubah dan ada yang terpaksa dijawab sekali lagi oleh calon-calon.

– MYNEWSHUB.CC

Sidang Media Menteri Pendidikan II Berkenaan Isu Kertas Soalan UPSR Bocor

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petikan Ayat Al-Quran Ditambah Oleh Ceplos, Kemudian Digabungkan Dengan Tangkap Layar Komen –  Eric Lim Sian See

Petikan Ayat Al-Quran Ditambah Oleh Ceplos, Kemudian Digabungkan Dengan Tangkap Layar Komen – Eric Lim Sian See

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik, Eric Lim Sian See terus mempertahankan dirinya daripada dakwaan menghina dan memperlekeh ayat suci al-Quran...

Hampir Dua Bulan Ulang-Alik Hospital, Muss Barbarik Setia Di Sisi Isteri

Hampir Dua Bulan Ulang-Alik Hospital, Muss Barbarik Setia Di Sisi Isteri

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Hampir dua bulan menjalani rutin berulang-alik ke hospital, vokalis kumpulan Barbarik yang juga bekas anggota kumpulan rock...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd