• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerosakan Aset PDRM Di Kelantan RM15.3 Juta

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengganggarkan kerosakan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kelantan berjumlah RM15.3 juta akibat banjir.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerosakan berkenaan melibatkan bangunan, kenderaan, peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan 19 balai polis di lima jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Kawasan yang paling terjejas teruk ialah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai di mana elemen-elemen yang saya sebut tadi terlibat tetapi kita merasa syukur kerana Pasir Puteh, Machang, Bachok serta Jeli tidak ada kerosakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat juruterbang ASP Amirul Adli Ahmad dan pembantu juruterbang ASP Hasli Hassan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, lewat malam tadi.

Kedua-dua mereka dan dua orang lagi yang menaiki helikopter PDRM terselamat apabila ia terhempas di Kampung Rambai Gobek, Tanah Merah, Rabu lepas ketika misi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir.

Dua lagi mangsa dikenali sebagai Sarjan Mejar Mohd Hood Abd Majid dan Lans Koperal Arhafidah Zakaria.

Ahmad Zahid sebelum itu meluangkan masa meninjau kerosakan yang berlaku di bangunan IPK Kelantan dan Markas Operasi Bencana Banjir Jabatan Pertahanan Awam (Jpam) Kelantan di sini. – BERNAMA

Tags: BanjirPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd