• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Belanja RM800,000 Sediakan 20 Tangki Penapis Air

oleh Ahmad Albab
11/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membelanjakan RM800,000 untuk membeli 20 tangki penapis air jenis H2O R1 bagi kegunaan mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tangki itu mampu menapis 18 liter air dalam masa satu jam, dan boleh memproses sehingga 20 juta liter air sebelum penapis baharu ditukar, telah digunakan di 17 kampung di jajahan tersebut.

Tangki itu yang berharga RM40,000 setiap satu dan boleh menyimpan sehingga maksimum 20,000 liter air pada satu-satu masa, dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung mangsa banjir yang sebelum ini sangat sukar mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian, katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai di Kampung Karangan di sini, hari ini

“Kita sedar air sungai sekarang bercampur dengan lumpur dan nak tapis air bukannya mudah. (Sebab itu) kita bekalkan tangki yang boleh tapis dan bekalkan air kepada penduduk. Saya minta agensi kerajaan berkaitan mengenal pasti punca air yang sesuai untuk ditapis,” katanya.

Sementara itu Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Datuk Mohd Arshad Ismail Mohd Shafie yang turut hadir pada majlis itu berkata Kesedar membekukan cuti kesemua 550 kakitangannya untuk ditugaskan membantu mangsa banjir sepanjang bencana tersebut melanda negeri ini pada bulan lepas.

“Kita tempatkan kakitangan Kesedar di beberapa buah pusat pemindahan bagi membantu mangsa banjir memasak makanan serta turut melaksanakan pelarasan bantuan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang tiba untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa di kawasan kampung,” katanya. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd