• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja Meroboh Pekan Rabu Di Alor Setar, Kedah Bermula

oleh Ahmad Albab
25/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerja meroboh kompleks perniagaan Pekan Rabu di sini telah bermula dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang Mac, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata kerja pembinaan semula akan bermula pada April dan dijangka mengambil masa dua tahun untuk siap sepenuhnya.

“Pada April kita akan memulakan kerja-kerja menanam cerucuk,” katanya kepada pemberita selepas melawat penempatan sementara peniaga kompleks itu di Ukir Mall yang terletak bersebelahan.

Katanya seramai 370 peniaga telah dipindahkan ke Ukir Mall pada 1 Dis lepas bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks baru setinggi empat tingkat dan bernilai RM55.57 juta.

“Keputusan kerajaan negeri menempatkan peniaga Pekan Rabu di Ukir Mall secara sementara merupakan keputusan yang tepat kerana pelbagai kemudahan telah disediakan demi kemudahan dan keselesaan peniaga dan pengunjung,” katanya.

Ahmad Bashah berkata sebelum ini terdapat peniaga yang tidak mahu berpindah ke Ukir Mall kerana bimbang peniagaan mereka akan terjejas, tetapi jangkaan mereka meleset.

“Kita akan bersama-sama mainkan peranan untuk menjadikan penempatan sementara Pekan Rabu di Ukir Mall menjadi tumpuan ramai dan pelbagai usaha diambil untuk menambah baik dan memenuhi keperluan peniaga,” katanya.

Beliau berkata pihak Koperasi Pekan Rabu memaklumkan bilangan pengunjung dan peniaga di Ukir Mall semakin meningkat. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pernah Dibuang, Pelajar Tak Sangka Dapat Sambung Belajar

Next Post

Kerajaan Tampung Pembinaan 300 Buah Rumah Di Gua Musang

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

Next Post

Kerajaan Tampung Pembinaan 300 Buah Rumah Di Gua Musang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd