• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pernah Dibuang, Pelajar Tak Sangka Dapat Sambung Belajar

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pelajar tingkatan dua tidak menyangka masih mendapat peluang menyambung pelajaran walaupun dia tidak hadir ke sekolah sejak Mei tahun lepas.

Oleh kerana itu Nur Erny Amira Md Zalani, 14, telah dibuang daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, Kuala Kedah dekat sini pada Ogos tahun lalu.

Namun Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sanggup memberi peluang kedua kepadanya untuk menyambung persekolahan.

Dia yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai di sini berkata dia tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa menjaga ibunya yang sakit serta tiga adiknya yang masih bersekolah.

“Saya terpaksa menunggang motosikal untuk menghantar adik-adik ke sekolah yang terletak kira-kira 3.2 kilometer dari rumah kami sebelum ini di Taman Kota Nelayan Kuala Kedah.

“Semasa emak sihat, dia yang hantar dan ambil adik-adik dari sekolah. Saya terpaksa berkorban untuk beri peluang adik-adik bersekolah,” katanya kepada pemberita.

Nur Erny Amira merasa kesal selepas dibuang sekolah dan berfikir harapan untuknya menamatkan persekolahan sudah tidak ada.

“Namun saya beryukur sebab ada pihak yang perihatin membantu saya untuk kembali ke sekolah,” katanya.

Kakak sulungnya Nor Atin Atika, 21, yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai pekerjaan mengambil tanggungjawab menjaga enam orang adiknya yang berumur antara 7 hingga 18 tahun selepas ibu mereka meninggal.

Dua adik lelakinya yang sudah bekerja turut membantu menampung persekolahan empat orang adik mereka yang lain.

Kes keciciran Nur Erny Amira dikesan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah pada Disember tahun lepas dan mengemukakan rayuan kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

Pengerusinya Shamsul Bahar Abdul Rani berkata surat jawapan kepada rayuan mereka untuk pelajar itu bersekolah semula diterima pada 19 Jan lepas. – BERNAMA

Tags: pelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd