• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tampung Pembinaan 300 Buah Rumah Di Gua Musang

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN akan menampung pembinaan kira-kira 300 buah rumah di Gua Musang, Kelantan yang rosak dan musnah bagi mangsa banjir yang kehilangan rumah mereka.

Sebelum ini, kerajaan ada mengemukakan dua buah model rumah bagi pembinaan semula itu, memetik laporan laman web Astro Awani.

Dua rumah yang dicadangkan berkeluasan 660 kaki persegi berkonsep rumah di atas tanah dan satu lagi didirikan di atas tiang setinggi 8 kaki.

MENARIK – Gambar : Manek Urai Selepas Banjir Umpama Medan Perang

Projek pembinaan itu akan dilaksanakan secara bersama kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan pusat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata bagi daerah Gua Musang, kerajaan akan melaksanakan program pembinaan yang menelan belanja sekitar RM45,000 hingga RM48,000 seunit.

Beliau berkata tapak pembinaan rumah di beberapa kawasan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Galas Dan Nenggiri telah dikenal pasti.

Menurut Nozula, pihaknya juga merancang sebuah lagi penempatan baharu di atas tanah seluas 40 hektar bagi menampung pembinaan 100 buah rumah.

Bagaimanapun, kelulusan tanah tersebut adalah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihaknya sedang membuat rundingan bagi menyelesaikan masalah penempatan kekal, kata beliau.

Projek penempatan tersebut akan menumpukan kemudahan infrastruktur yang lengkap kepada penduduk seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air. – MYNEWSHUB.CC

Keadaan Manek Urai Lama Selepas Banjir 2014

Tags: BanjirKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd