Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Gerakan Media Marah Kritik...

KUALA LUMPUR - Gerakan Media Marah (Geramm) mengkritik pengurusan akhbar milik parti pembangkang...

Tempat Najip Ali Selaku...

PELAKON dan pelawak Najib Ali yang terlibat dalam kontroversi menghina Perdana Menteri, Datuk Seri...

Henti Operasi Harimau Berlegar...

NEW DELHI - Pembuat kereta terbesar India, Maruti menghentikan operasi sebuah kilangnya selepas...

KAFA Akan Buat Rayuan...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membuat rayuan terhadap Kerjasama...

Kenyataan Hadi Awang Menjengkelkan – Kit Siang

KUALA LUMPUR – “Ini persoalan yang menjengkelkan saya. Kenapa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak yakin PAS boleh cemerlang dalam pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT),” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Katanya, jika PAS tidak yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu mencapai kejayaan besar jika pilihan raya itu diadakan, maka semua parti dalam PR perlu mengadakan perbincangan semula.

“Ini bukan petanda baik bagi kerangka besar PR dalam menuju Putrajaya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang turut menyelar kenyataan Abdul Hadi bahawa pilihan raya PBT akan menyebabkan sesebuah bandar dimonopoli oleh kaum Cina kerana mendakwa peratusan Melayu di bandar di Semenanjung Malaysia hampir 60 peratus.


Dakwanya, menurut bancian 2010, terdapat 148 pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang terdiri daripada tiga Dewan Bandaraya, sembilan Majlis Bandaraya, 37 Majlis Perbandaran dan 99 Majlis Daerah.

Dakwa beliau, daripada 148 PBT itu, 132 mempunyai majoriti Melayu melebihi 50 peratus daripada populasi, tiga mempunyai majoriti Cina, dan 13 lagi bercampur-campur dengan tujuh kawasan dominan Cina dan enam dominan Melayu.

“Dari mana datangnya dakwaan Cina cuba merampas kuasa politik sekiranya pilihan PBT dikembalikan,” soal beliau. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori