• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pertanian Belanja RM3 Juta Bantu Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
11/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGKIL – Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani telah membelanjakan RM3 juta bagi membekalkan barangan keperluan kepada mangsa di 51 kawasan yang dilanda banjir.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan seberat 450 tan itu mula diedarkan sejak 26 Dis lepas meliputi 17 barangan keperluan seperti beras, minyak masak, gula, tepung gandum serta makanan dalam tin.

“Pengedaran barangan ini dibuat sepenuhnya oleh 5,000 sukarelawan kementerian dengan kerjasama Majlis Perunding Pertanian Parlimen serta pemimpin masyarakat di kawasan terbabit.

“Semua kerja-kerja pembungkusan dilakukan sepenuhnya oleh sukarelawan daripada agensi di bawah kementerian dan bantuan dalam bentuk barangan keperluan ini akan diteruskan walaupun selepas banjir surut,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat pengumpulan barangan itu di Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Dengkil di sini hari ini.

Berhubung jumlah kerosakan yang dialami petani, penternak dan nelayan, beliau berkata anggaran kasar adalah RM100 juta dan angka sebenar mungkin hanya dapat diumumkan selepas Rabu ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut membetulkan laporan akhbar berhubung kenyataannya semalam berkenaan keperluan menyertakan laporan polis oleh petani, penternak dan nelayan yang terjejas banjir untuk membuat tuntutan atau pinjaman kepada jabatan atau agensi berkenaan.

“Laporan itu kurang tepat … sebenarnya untuk tujuan tersebut cukup denganhanya mendapat pengesahan pegawai agensi di bawah kementerian sahaja.

“Dahulu mungkin ada prosedur sebegitu tetapi ekoran bencana banjir yang begitu besar kementerian tidak akan menyulitkan mereka untuk membuat tuntutan dengan perlu membuat laporan kerosakan kepada polis terlebih dahulu,” katanya.

Ismail Sabri turut menarik perhatian bahawa pihaknya juga menyediakan bantuan wang ehsan kepada mangsa banjir yang berkaitan dengan kementerian itu, bukan hanya dalam bentuk input pertanian seperti benih pokok dan anak ikan
sahaja seperti yang dilaporkan di akhbar.

Contohnya, bagi penternak lembu kementerian membayar RM600 untuk seekor lembu dengan bayaran sehingga maksimum 10 ekor dan itu adalah formula yang telah digunakan sejak sekian lama apabila penternak dilanda bencana, katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenyataan Gila! Rakyat Berhak Gulingkan Kerajaan…

Next Post

Dari Gadis Bikini Kepada Suspek Pengganas ‘Most Wanted’

Related Posts

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

10/04/2025
3

Kota Kinabalu: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan dipanggil semula memberi keterangan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Next Post

Dari Gadis Bikini Kepada Suspek Pengganas 'Most Wanted'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd