Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Datuk Rosyam Nor Nafi...

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Nor menafikan pengarah Bade Azmi...

UNIMAP Catat Sejarah Terima...

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencatat sejarah tersendiri apabila menerima seorang pelajar...

Penyakit Kusta Catat Penurunan...

KUALA LUMPUR - Bilangan kes penyakit kusta mencatatkan penurunan bagi tempoh 2013 hingga...

Banjir: Yayasan Milik Siti...

KUALA LUMPUR - Badan kebajikan Yayasan Nurjiwa yang diuruskan oleh penyanyi Datuk Siti...

Dari Gadis Bikini Kepada Suspek Pengganas ‘Most Wanted’

TRAGEDI berdarah di Perancis pada minggu lalu membabitkan serangan ke atas pejabat majalah Charlie Hebdo yang meragut 12 nyawa pada Rabu, diikuti drama tebusan di sebuah pasaraya mini Kosher yang terletak Porte de Vincennes, timur Paris pada Jumaat yang mengorbankan 4 tebusan, kini jadi polemik berkaitan ekstremis paling hangat diperkatakan masyarakat dunia.

Meskipun tiga suspek utama yang bertanggungjawab melakukannya berjaya ditembak mati, seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri dan kini masih diburu pihak berkuasa Perancis.

Dia adalah wanita jelita bernama Hayat Boumediene, 26, yang didakwa merupakan teman wanita atau isteri suspek yang ditembak mati di pasaraya Kosher, Amedy Coulibaly.

hayat5

Bagaimana Hayat dapat melepaskan diri mengejutkan banyak pihak namun pihak polis memberi gambaran bahawa wanita ini amat licik, berbahaya dan dipercayai masih berada di Perancis.

Susulan itu, gambar Hayat yang didakwa gemar berbikini sebelum memakai jubah dan jilbab selepas melibatkan diri dalam aktiviti ekstremis bersama Coulibaly mulai tersebar.

Sejauh mana kesahihan gambar ini tak dapat dipastikan, ia memaparkan Hayat yang cuma memakai bikini melingkarkan tangannya pada badan Coulibaly ketika mereka berada di pantai.

hayat1

Gambar lain yang didakwa diperoleh daripada sumber risikan pula, menunjukkan sisi berbeza Hayat apabila dirakam sedang beraksi menggunakan senjata jenis panah dikenali sebagai crossbow, di samping satu gambar dirinya memakai jilbab bersama Coulibaly dipercayai dirakam sekitar tahun 2010.


hayat4

hayat2

 

hayat3

Coulibaly diyakini mempunyai kaitan dengan dua beradik yang melakukan serangan terhadap Charlie Hebdo iaitu Cheris and Said Kouachi namun penglibatan Hayat dengan kedua mereka masih disiasat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

https://www.youtube.com/watch?v=cRhw5PbEWPU

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori