• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemaskini Percuma Untuk Beralih Ke Windows 10

oleh AK-47
22/01/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSOALAN yang ditanya orang ramai apabila bercakap tentang sistem operasi terbaru Microsoft iaitu  Windows 10 adalah kos yang dikenakan untuk mengemaskininya.

Adakah pengguna akan dikanakan caj bagi kemaskini terbaharu itu?

Bercakap mengenainya, pihak Microsoft mengatakan ia akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.

Selain pengguna desktop dan komputer riba, dengan konsep Windows 10 sebagai sistem operasi untuk pelbagai saiz skrin, pengguna Windows Phone 8.1 juga boleh menikmati kemaskini Windows 10 secara percuma selepas ia dilancarkan kepada umum.

Namun, Microsoft menawarkan penaik-tarafan secara percuma ini untuk tempoh yang terhad (untuk tempoh setahun selepas ia dilancarkan) sahaja sekaligus memberikan tekanan untuk pengguna beralih dan menggunakan sistem operasi terbaharu.

Pengenalan sistem operasi ini secara percuma juga bakal mengalakkan lebih ramai beralih kepada sistem operasi Windows 10, sekaligus memudahkan para pembangun untuk mengoptimasi aplikasi mereka.

Penawaran percuma dalam tempoh setahun juga dijangka menarik lebih ramai pengguna beralih kepada sistem operasi Windows 10 terkini, sekaligus mengurangkan peratusan pengguna sistem operasi Windows yang lama.

Microsoft mengatakan sebaik sahaja sistem dinaiktaraf ke Windows 10, pengguna akan kekal menerima kemaskini secara percuma bagi tempoh yang ditawarkan. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: THEVERGE

Oleh: hzqahmd

Tags: MicrosoftWindows
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Microsoft Sedang Siasat Gangguan Aplikasi Office Dan Cloud

Microsoft Sedang Siasat Gangguan Aplikasi Office Dan Cloud

31/07/2024
0

WASHINGTON : Microsoft Corp memaklumkan mereka sedang menyiasat gangguan pada beberapa aplikasi Office dan perkhidmatan Cloud. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Microsoft Sasar 200,000 Rakyat Malaysia Mahir AI Menjelang 2025

Microsoft Sasar 200,000 Rakyat Malaysia Mahir AI Menjelang 2025

02/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Microsoft menyasarkan lebih 200,000 rakyat Malaysia mendapat kemahiran kecerdasan buatan (AI) menjelang 2025, kata Pengerusi dan Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd