• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Penumpang Pesawat MH370 Masih Harap Keajaiban

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Keluarga salah seorang penumpang pesawat MH370, Jee Jing Han, 42, masih mengharapkan keajaiban walaupun Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini mengisytiharkan pesawat berkenaan ditimpa kemalangan dan kesemua penumpangnya meninggal dunia.

Sepupu Jee yang hanya mahu dikenali sebagai Jean, berkata ibu Jee masih mengharapkan anaknya itu masih hidup dan sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, tidak bermakna lagi bagi mereka sekeluarga.

“Untuk setiap perayaan seperti pesta tanglung dan sebagainya, setiap perayaan dia akan kembali, kami sangat rapat,” katanya kepada pemberita di rumah keluarga Jee, di Taman Rasa Sayang di sini hari ini.

Jean berkata kali terakhir beliau bertemu sepupunya itu ialah pada Tahun Baharu Cina lepas yang mana Jee akan membawa pelbagai hadiah dan makanan ringan untuk keluarganya, jika beliau balik dari Seremban, tempat dia bekerja sebagai pengaturcara program komputer.

“Tahun lepas semasa Tahun Baharu Cina, dia bawa kuih seperti kuih bakul untuk keluarga…disebabkan kesusahan yang mereka lalui, dia (Jee) telah bekerja keras di Seremban untuk membantu keluarganya.

Ibu Jee yang enggan ditemuramah kelihatan menangis apabila melihat gambar anaknya itu dipaparkan di televisyen hari ini.

Jean berkata mereka sekeluarga masih berharap agar usaha pencarian pesawat tersebut tidak dihentikan kerajaan.

Jee, seorang duda mempunyai dua anak berusia 12 dan 14 tahun. Jee bekerja sebagai pengaturcara komputer dan memiliki syarikat sendiri di Seremban.

Sementara itu, ibu kepada seorang lagi penumpang MH370, Mohamad Sofian Ibrahim, 33, reda dengan kehilangan anak bongsunya itu.

Wan Tom Wan Chik, 74, berkata dia sentiasa mengikuti perkembangan MH370 melalui televisyen dan masih menaruh harapan agar anak lelakinya itu ditemui.

“Mak cik reda dengan kehilangannya tapi jika ditemui, mak cik bersyukur kerana dia tidak pernah hilang dalam ingatan kami sekeluarga. Setiap kali teringatkannya, mak cik akan sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran buatnya,” kata beliau ketika ditemui pemberita di rumahnya di Alor Setar. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=eZW2wqFXBWg

 

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd