• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelapa Di Pulau Pinang Berkurangan Menjelang Thaipusam

oleh Ahmad Albab
25/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Menjelang Thaipusam awal bulan depan, bekalan kelapa di Pulau Pinang dikatakan berkurangan dan harganya tinggi sedikit.

Seorang pemborong kelapa di Lorong Aboo Sittee di sini, P. Sarasvathy berkata beliau mendapat kelapa dari ladang di Sitiawan dan Kuala Bernam, Perak yang oleh kerana musim hujan sekrang menyebabkan pokok tidak menghasilkan buah yang banyak.

Beliau berkata pembekalnya di Sitiawan turut mengambil bekalan daripada Kelantan tetapi urusan penghantaran tergendala berikutan banjir di negeri itu.

Katanya beliau hanya dapat mengedar 30,000 biji kelapa pada sambutan Thaipusam tahun ini berbanding 150,000 biji tahun lepas manakala tempahan waktu biasa adalah antara sekitar 90,000 hingga 100,000 biji sebulan.

“Tetapi kami tetap kekalkan harga lama iaitu RM1.60 sebiji walaupun ada peniaga lain sudah naikkan harga. Kami juga tidak akan ambil bekalan dari negara jiran untuk memenuhi permintaan kerana bimbang kualiti buah yang tidak bagus,” katanya.

Tinjauan di sekitar Pulau Tikus dan Batu Lanchang mendapati kelapa dijual antara RM1.90 hingga RM2.00 sebiji dan dikatakan boleh mencecah sehingga RM2.50 sempena perayaan berbanding harga asal RM1.60.

Kelapa sering diperlukan semasa Thaipusam bagi penganut agama Hindu membayar niat.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow meminta Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memantau penjualan kelapa bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati.

“Kami ada terima aduan daripada pengguna termasuk mengenai kenaikan harga santan dan hasil maklum balas yang kami peroleh dari peniaga, masalah kekurangan bekalan ini dijangka selesai pada April,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati mereka yang ingin membayar niat agar memecah kelapa dengan jumlah yang sederhana. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syabas!! Polis Kedah Rampas Dadah Bernilai RM110,000

Next Post

Cadangan Merotan Jadi Kesalahan Jenayah Disaran Ditarik Balik

Related Posts

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

18/05/2025
0

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki cedera selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan membabitkan dua buah van kilang...

Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Boleh Disemak Mulai Esok

Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Boleh Disemak Mulai Esok

18/05/2025
0

Kuala Lumpur: Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh dibuat secara dalam talian mulai esok melalui...

Next Post

Cadangan Merotan Jadi Kesalahan Jenayah Disaran Ditarik Balik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd