• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Boleh Disemak Mulai Esok

oleh Mohd Arshad
18/05/2025
dalam Terkini
0
Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Boleh Disemak Mulai Esok
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh dibuat secara dalam talian mulai esok melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau melalui sekolah asal masing-masing.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi pelajar yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dibuat mulai 19 hingga 25 Mei ini manakala keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah sama pada 3 Jun.

“Mulai 2025, KPM juga akan melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di universiti awam melalui kerjasama silang bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Program ini akan dilaksanakan secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dua bidang pengajian ditawarkan iaitu sains dan sains sosial,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam serta memenuhi syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke Program Pendidikan Tingkatan Enam di universiti awam mulai 19 hingga 25 Mei ini.

“Keputusan kemasukan ke program ini boleh disemak pada 3 Jun melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/,” menurut KPM.

KPM memaklumkan semua pelajar yang menerima tawaran ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran pada 10 Jun.

-Berita Harian

Tags: tingkatan enam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

Next Post

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

Related Posts

Kemasukan Tingkatan Enam Hanya Melalui Pengetua Sekolah

Kemasukan Tingkatan Enam Hanya Melalui Pengetua Sekolah

23/07/2023
0

KUALA NERUS - Kemasukan pelajar bagi menyambung pengajian ke Tingkatan Enam kini hanya perlu melalui pengetua sekolah dan tidak lagi...

Tingkatan Enam Dijenamakan Semula -Fadhlina

Tingkatan Enam Dijenamakan Semula -Fadhlina

13/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Tingkatan enam bakal dijenamakan semula sebagai salah satu usaha bagi memastikan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) terus...

Next Post
Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd