• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Dan Pasar Raya Dipecah Masuk Ketika Banjir

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Kedai, stesen minyak dan pasar raya besar di daerah ini dikatakan dipecah masuk ketika musim banjir.

Individu berkenaan dikatakan menggunakan bot untuk melarikan pelbagai jenis barangan bukan sahaja makanan, tetapi juga barangan lain seperti peralatan elektrik, gitar dan mesin gerudi.

Beberapa kejadian di bandar ini dapat dirakam penduduk dan disiarkan menerusi Youtube.

Seorang pengurus pasar raya Teoh Hong Kean berkata premisnya dipecah masuk Sabtu lepas ketika penduduk sibuk menyelamatkan diri ke pusat pemindahan.

“Semasa banjir hari kedua, saya mengharung air untuk melihat pasar raya saya. Apabila sampai di seberang jalan, saya melihat sekumpulan orang menaiki bot sedang melarikan pelbagai barangan daripada premis saya termasuk peralatan elektrik dan periuk besar.

“Saya hanya mampu memerhati dan merakam gelagat mereka. Mereka juga menjerit menyuruh saya balik,” katanya kepada Bernama dan menambah pekerjanya yang tinggal di belakang pasar rayanya turut disamun kumpulan berkenaan yang bersenjatakan parang panjang.

Teoh berkata kejadian samun menggunakan bot itu berlarutan beberapa hari dan melibatkan banyak kumpulan.

Sementara itu stesen Petronas di Jalan Tengku Ismail turut dipecah masuk yang dipercayai individu terbabit mahu melarikan wang daripada tiga mesin juruwang automatik (ATM).

Seorang pekerja Mohd Firdaus Mohd Nasir berkata kejadian berlaku malam Selasa lepas yang individu terbabit turut melarikan barangan lain.

Peniaga runcit di Taman Bahagia Makmur, Syed Khairi Anuar Syed Hussin berkata enam buah kedai lain yang berhampiran kedainya termasuk kedai gunting rambut turut dipecah masuk dan melarikan hampir kesemua barangan mereka.

Pihak polis yang dihubungi Bernama mengenai kejadian itu memberitahu satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi memantau premis perniagaan dan kawasan perumahan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Anuwar Osman berkata tiga pasukan khas telah diarahkan untuk berkawal dan meronda terutama di sekitar bandar.

“Hari ini saya telah mengeluarkan arahan kepada anggota bertugas agar menunggu pemilik premis tiba di kedai masing-masing sekiranya terdapat kejadian pecah masuk,” katanya.

Beliau berkata semasa banjir, anggota polis turut meronda dengan bot dan kini rondaan diteruskan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal dan unit kereta peronda.

Anuwar meminta pemilik premis terbabit agar membuat laporan dan sehingga kini pihaknya hanya menerima satu laporan. – BERNAMA

Tags: Banjircuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd