• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kaum Makin Terpisah, Bapa Pasti Terkejut’ – Nazir Tun Razak

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGGAL 14 Januari 2015, genaplah 39 tahun pemergian Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang meninggal dunia pada tahun 1976 di London akibat penyakit Leukemia.

Memetik laporan portal The Malaysian Insider, anak bongsu kepada Tun Razak iaitu Datuk Seri Nazir menggesa supaya satu Majlis Perundingan Negara ditubuhkan, seperti mana yang telah dilakukan bapanya dahulu ketika menangani peristiwa 13 Mei 1969.

nazir_razak_L

Inisiatif tersebut diutarakan beliau setelah satu soalan diajukan portal berkenaan kepadanya iaitu ‘hasrat yang akan disampaikan bapanya andai beliau boleh bercakap kepada rakyat Malaysia hari ini’.

“Saya fikir beliau mungkin kata ini adalah masanya menubuhkan satu lagi Majlis Perundingan Negara seperti yang dlakukannya pada 1970 bagi membincangkan isu kritikal mengenai mengekalkan keharmonian dan menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.”

Namun demikian, beliau yakin, dengan situasi pasang surut hubungan antara kaum kini, Allahyarham pasti kecewa.

“Saya yakin, beliau akan terkejut kerana pada tahun 2015, kaum dan agama semakin memisahkan rakyat Malaysia berbanding zamannya.”

SLK13_151113_CHOGM

Tun Razak yang mendapat gelaran Bapa Pembangunan, memegang tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia selama enam tahun, dari 1970 sehingga 1976.

Berkahwin dengan Tun Rahah Mohammad Noah, pasangan tersebut dikurniakan lima orang anak, termasuk Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib. Al-fatihat buat Allahyarham Tun Abdul Razak. - MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Rancangan Khas Menyingkap Latar Belakang Perdana Menteri Malaysia Kedua – Tun Abdul Razak Hussein

Tags: Najib Tun RazakPerdana Menteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan...

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd