• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kantoi Ambil Dadah, Ezad Mahu Berubah Demi Isteri & Anak

oleh Ahmad Albab
07/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka, bermula dengan perasaan ingin tahu akhirnya telah menjebakkan diri figura ini dengan najis dadah. Ini pengakuan jujur yang terbit sendiri dari mulut bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad.

Namun, bertitik-tolak insiden ditahan di parkir kereta di Kompleks Selayang Mall, empunya nama penuh Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 35, ini nekad mahu berubah.

[WAJIB BACA INI: Ezad Exist Kantoi Positif Dadah, Disyaki Miliki Dadah]

Bukan itu sahaja, ujarnya lagi, pengalaman ketika ditahan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak membuatkannya menyesal dan berazam untuk tidak lagi melakukan kesilapan sama.

“Ketika itu, isteri, Nor Azeana Ramli, 36, mengalami keguguran. Dalam lokap, saya menangis tanpa henti mengenangkan dia dan anak perempuan kami, Puteri Rania Keisha,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Ezad Lazim Semakin Kurus Kerana Sakit-4

Tambahnya, “Isteri saya bukan sahaja tidak meninggalkan saya, sebaliknya sanggup memberikan peluang kedua dan semangat untuk menempuh hidup. Kini saya aktif memberi ceramah sambil berkongsi pengalaman hidup dengan harapan tiada anak muda turut terjerumus dalam najis dadah seperti saya.”

Menurut Ezad, aktiviti tidak sihat itu bermula setelah dia memutuskan untuk keluar dari kumpulan Exist pada tahun 2007 dan meneruskan karier nyanyian secara solo.

Namun, keputusan tersebut tidak semudah yang disangka kerana liku-liku terpaksa dihadapinya, tambahan pula dia tinggal berseorangan di ibu kota. Niatnya untuk mencuba bahan terlarang itu akhirnya menjerat diri.

“Banyak dugaan yang ditempuhi sepanjang hidup seorang diri tanpa keluarga kerana tiada kawalan. Tindakan keluar dari kumpulan Exist adalah titik tolak membawa ke arah kisah hitam apabila saya terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Saya memang berniat untuk berhenti, namun seolah-olah hilang punca sehingga menyebabkan saya ketagihan,” katanya kesal.

Baguslah kalau itu yang diputuskan Ezad. Siapalah kita untuk menghakimi individu lain, malah masyarakat sepatutnya menerima kembali insan-insan seperti ini yang ingin berubah dan bukan meminggirkan mereka. Tahniah buat Ezad! – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Pengakuan Ezad Exist Tentang Penyalahgunaan Dadah 

https://www.youtube.com/watch?v=emtwgH5CtoI

Tags: Gosip Artis Tempatankes dadahpenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd