• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang, Perak, Kelantan Berkurangan

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Pahang, Perak dan Kelantan beransur reda dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan terus mencatatkan penurunan kepada 31,800 orang berbanding 34,240 orang malam tadi.

Bilangan mangsa di pusat pemindahan banjir di Johor pula tidak berubah dengan jumlah mangsa kekal 20 orang sejak Ahad lepas dan kesemua mereka di tempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.

Selain itu di PAHANG, keadaan banjir bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di 106 pusat pemindahan di enam daerah terus berkurangan kepada 21,471 orang berbanding 22,896 orang malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata mangsa di Pekan masih merekodkan jumlah pemindahan paling ramai iaitu 11,154 orang diikuti Temerloh (4,662), Maran (2,779), Kuantan (1,130), Bera (1,091) dan Jerantut (655).

Jumlah mangsa banjir di PERAK pagi ini menurun kepada 5,545 mangsa daripada 1,562 keluarga berbanding 5,742 mangsa daripada 1,598 keluarga malam tadi susulan cuaca baik sejak semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata kesemua mangsa masih berada di 32 pusat pemindahan dengan daerah Perak Tengah menempatkan mangsa paling ramai iaitu 4,409 orang, diikuti Hulu Perak (606), Hilir Perak (304), Manjung (150) dan Kuala Kangsar (76).

Sementara itu di KELANTAN, jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri berkata sejumlah 4,784 mangsa direkodkan setakat 8 pagi ini di pusat pemindahan di empat jajahan berbanding 5,602 malam tadi.

Kuala Krai merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,522 orang, diikuti Gua Musang (1,681), Tanah Merah (387) dan Machang (194). – BERNAMA

Tags: mangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd