• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang, Kelantan Kekal

oleh Ahmad Albab
07/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Kelantan kekal, manakala di Perak ia mencatat penurunan sedikit setakat 9.30 pagi ini, menjadikan keseluruhan jumlah mangsa 27,108 orang berbanding 27,181 orang malam tadi.

Di PAHANG, jumlah mangsa di 94 pusat pemindahan di enam daerah tidak berubah iaitu 18,171 orang sama seperti malam tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah Pekan menempatkan mangsa paling ramai iaitu 9,961 orang diikuti Temerloh (3,010 orang), Maran (2,779 orang), Kuantan (1,127 orang), Bera (731 orang) dan Jerantut (563 orang).

Di PERAK, keadaan semakin pulih dengan jumlah mangsa menurun kepada 4,993 orang daripada 1,361 keluarga berbanding 4,956 orang daripada 1,385 keluarga malam tadi dengan dua lagi pusat pemindahan ditutup.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa banjir di Perak Tengah kini 3,766 orang, Hilir Perak (306 orang), Hulu Perak (594 orang), Manjung (160 orang) dan Kuala Kangsar (57 orang).

Di KELANTAN, jurucakap MKN negeri berkata jumlah mangsa di pusat pemindahan kekal 4,054 orang di empat jajahan iaitu Kuala Krai (1,817 orang), Gua Musang (1,662 orang), Tanah Merah (387 orang) dan Machang (188 orang). – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banyak Kelemahan Ketara Perlu Diperbaiki

Next Post

QZ8501: Penyelam Sambung Misi Mencari Serpihan Pesawat

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

QZ8501: Penyelam Sambung Misi Mencari Serpihan Pesawat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd