• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JCorp Berminat Ambil Alih Ladang Satelit Milik NFC

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Johor Corporation (JCorp), berminat untuk mengambil alih semua ladang satelit tinggalan Pusat Fidlot Nasional (NFC)termasuk di Gemas, Negeri Sembilan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Mereka telah bentangkan kepada saya permohonan pengambilalihan itu dan mereka akan membentangkan sekali lagi kepada pihak Jabatan Veterinar untuk penerangan secara lebih teknikal dan terperinci,” katanya kepada media selepas menyampaikan Amanat Menteri 2015 kepada warga kementeriannya, di sini, hari ini.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan selain perlu mengambil kira persetujuan kerajaan Negeri Sembilan yang kini bertanggungjawab ke atas ladang NFC di Gemas.

NFC memiliki 61 ladang ternakan satelit di seluruh negara termasuk di Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata usaha untuk memulihkan semula ladang-ladang terbabit merupakan sebahagian daripada inisiatif kementeriannya untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran ternakan lembu termasuk pembukaan kawasan ternakan baharu di Perak.

“Kita juga akan memberi tumpuan kepada ternakan lembu tenusu yang boleh digunakan untuk kedua-dua tujuan iaitu yang boleh mengeluarkan susu dan daging,” katanya.

Ismail Sabri berkata kementeriannya juga mahu bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar dapat membantu negara meningkatkan produk pertanian tertentu.

“Secara tidak rasmi saya telah suarakan hasrat saya ini kepada beberapa agensi termasuk Felcra, Felda dan Tabung Haji dan kita akan cuba dapatkan GLC lain supaya kita dapat membantu menambahkan pengeluaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriNFC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd