• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAWI Minta Kerjasama Polis Kesan Tiga Gadis Video K-Pop

oleh AK-47
16/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini cuba mendapatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan tiga gadis Muslim yang terbabit dalam video konsert K-pop yang viral baru-baru ini.

Dalam video berkenaan ketiga-tiga gadis itu dilihat berpeluk, dipeluk dan dicium anggota kumpulan B1A4 sehingga mencetuskan kemarahan rakyat negara ini yang sebahagian besarnya beragama Islam.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan JAWI, Wan Jaafar Wan Ahmad, sehingga semalam, masih belum ada sesiapa tampil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

BACA JUGA – Media Korea Lapor Isu Gadis Bertudung Dipeluk K-Pop

Dalam laporan Mstar Online, pihak JAWI juga dikatakan cuba untuk mendapatkan maklumat butiran peribadi mereka daripada penganjur konsert tetapi dimaklumkan bahawa identiti ketiga-tiganya tidak akan didedahkan.

“Kita akan mendapatkan kerjasama PDRM (Polis Diraja Malaysia) bagi membantu mengenal pasti identiti mereka. Ini supaya mereka dapat tampil membantu siasatan,” katanya.

JAWI dalam satu kenyataan kelmarin mengatakan akan memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap kepada tiga wanita berkenaan sekiranya mereka tidak tampil untuk membantu siasatan dalam masa seminggu. – MYNEWSHUB.CC

Video Klip Lagu Nyanyian Kumpulan B1A4 – Solo Day

Tags: JAWIK-Pop
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

13/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu pertembungan hangat di platform X tercetus antara netizen Asia Tenggara yang digelar “SEAbilings” dan netizen Korea...

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

25/12/2025
0

Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd