• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Main Air Banjir Elak Penyakit Berjangkit!

oleh Ahmad Albab
11/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai terutama mangsa banjir supaya mengelak daripada bermain air di kawasan banjir serta sentiasa memakai but getah dan sarung tangan semasa melakukan kerja-kerja pembersihan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai juga dinasihati supaya membasuh bahagian tubuh mereka yang terdedah kepada air banjir dengan air bersih dan sabun.

Menurutnya, selain mengamalkan minum air yang telah dimasak, orang ramai juga dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda atau gejala penyakit berkenaan.

“Pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang telah dicemari oleh air kencing tikus boleh menyebabkan bakteria leptospira memasuki tubuh manusia melalui luka atau kudis di kulit dan lapisan mukosa seperti selaput mata dan lapisan mukosa mulut.

“Antara tanda atau gejala penyakit leptospirosis ialah demam, sakit kepala, sakit badan, sakit sendi, batuk, loya, muntah, sakit perut, radang selaput mata dan jaundis,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham dalam pada itu mengulangi kebimbangan beliau mengenai timbunan sampah selepas banjir yang tidak diuruskan dengan baik.

Jelas beliau, kelewatan menguruskan pelupusan sampah di kawasan-kawasan yang dilanda banjir akan meningkatkan risiko penyebaran wabak penyakit berjangkit pasca banjir.

Katanya, pengurusan sampah tidak teratur juga akan menggalakkan pembiakan lipas, lalat dan tikus yang menjadi punca penyakit berjangkit bawaan air dan makanan.

“Persekitaran yang kotor serta sisa makanan tidak diurus akan merangsang peningkatan populasi tikus yang menyebabkan penyakit Leptospirosis,” katanya.

Justeru, kata beliau, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dengan memastikan sampah sarap dan sisa-sisa makanan dilupuskan secara sempurna.

Beliau turut memaklumkan, Kementerian Kesihatan sedang berusaha mengenal pasti mekanisma terbaik dalam mengendalikan pengurusan sampah sarap di fasiliti kesihatan bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan dapat beroperasi semula terutamanya di klinik kesihatan dan klinik desa yang terjejas teruk oleh banjir.

Beliau turut meminta agensi serta pihak berkaitan dan sukarelawan membantu membersihkan dan membuat pelupusan timbunan sampah demi memastikan kebersihan serta kesihatan orang awam berada ditahap terbaik.

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd