• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ceroboh Perairan Laut Negara Lain – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Nelayan Malaysia dinasihatkan tidak menceroboh perairan laut negara lain dan memberikan alasan tidak tahu di mana sempadan perairan negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, alasan berkenaan tidak boleh diterima kini kerana setiap kapal nelayan laut dalam yang menangkap ikan di zon C2 iaitu lebih daripada 30 batu nautika dari pesisir pantai negara dilengkapi sistem pengesanan global (GPS) yang akan memberikan amaran sekiranya melepasi sempadan perairan negara.

Mengulas laporan sebuah kapal nelayan yang mengibarkan bendera Malaysia ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia minggu lepas selepas didapati bersalah menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram, Ismail Sabri berkata kapal yang diletupkan itu telah menceroboh sempadan negara luar sejauh enam batu nautika.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ismail Sabri berkata setiap negara mempunyai undang-undang masing-masing apabila ada kapal menceroboh perairan mereka.

“Namun, cara pelupusan di setiap negara adalah berbeza. Di Malaysia, kita gunakan cara yang lebih diplomasi, kita tebuk bot dan karamkan untuk dijadikan tukun tiruan. Indonesia, mereka memilih untuk letupkan,” katanya.

Ismail Sabri mengingatkan bahawa Indonesia sangat tegas dalam hal berkenaan kerana republik itu sudah mengharamkan penggunaan pukat tunda.

“Jadi, jika kapal kita masuk perairan negara berkenaan, mereka akan mengambil tindakan tegas kerana merosakkan sumber perikanan negara itu,” katanya.

Sebuah kapal nelayan yang mengibarkan bendera Malaysia dilapor ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia pada 8 Januari lalu selepas didapati bersalah oleh Pengadilan Negeri Medan kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan republik itu iaitu di luar pantai Pulau Pandang, Sumatera Utara.

Jelas Ismail Sabri, Malaysia juga marah apabila perairan negara diceroboh nelayan asing kerana tindakan tersebut menjejaskan pendapatan dan hasil tangkapan nelayan tempatan.

“Jadi, sekiranya kita marahkan nelayan-nelayan luar menceroboh negara kita, maka saya nasihatkan nelayan-nelayan kita jangan menceroboh perairan negara luar,” katanya.

Pada tahun lalu, empat kapal nelayan asing ditahan iaitu sebuah kapal Filipina di perairan Labuan, sebuah kapal Indonesia ditahan di perairan Pulau Pinang dan dua kapal nelayan Vietnam di perairan Kuantan.

Pada tahun 2013, sebanyak 11 kapal nelayan Vietnam ditangkap di perairan Kuantan dan Terengganu, katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Militan: 3 Warga M’sia Termasuk Suri Rumah Ditahan Di Syria

Next Post

Scomi Energy Perolehi Kontrak Bernilai RM300 Juta

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post

Scomi Energy Perolehi Kontrak Bernilai RM300 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd