• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doping: Chong Wei Menanti Berita Gembira Di Awal 2015

oleh AK-47
06/01/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERJALANAN masa menyaksikan 2014 telah pun berlalu bagi memberi ruang buat tahun 2015 mencipta sejarah baharu.

Bagi bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, apa yang diharapkannya adalah semoga tahun ini bakal menjadi detik kebangkitan semula kariernya selepas terpalit episod duka ekoran kes doping.

Bagaimanapun, Chong Wei boleh menarik nafas lega sedikit memandangkan penantiannya untuk perbicaraan kes dopping bakal berakhir bulan ini.

Memetik laporan AgendaDaily.com, meskipun tidak mengetahui tarikh sebenar perbicaraan tetapi Chong Wei menaruh harapan besar agar kes itu segera diselesaikan agar beliau boleh menyelesaikan ‘hukuman’ seterusnya kembali beraksi secara kompetitif bagi merebut semula kejuaraan selain mengumpul mata untuk ke Sukan Olimpik 2016.

“Perkara ini sudah berlanjutan lebih tiga bulan, apa yang saya tahu perbicaraan ini akan berlangsung bulan ini, tetapi tarikhnya masih belum diketahui. Saya berharap akan ada berita gembira pada awal 2015 ini.

“Bagi saya tahun 2014 bukan sesuatu yang terbaik sepanjang karier saya dan juga arena badminton negara. Sekarang ini saya mahu cepat mulakan sesi perbicaraan ini dan apa juga keputusan saya akan terima,” ujar ikon sukan badminton negara tersebut.

Chong Wei mengakui, beliau sangat merindui para penyokong dan bermain di kejohanan yang pernah disertainya sebelum ini kerana sudah lama tidak beraksi.

Pada masa sama, bintang berusia 33 tahun ini akur dengan penarikan gelaran pemain No. 1 dunia dan berharap agar kesnya diselesaikan segera jadi beliau dapat kembali memburu kedudukan teratas itu semula.- MYNEWSHUB.CC

VIDEO BERITA KES DOPING LEE CHONG WEI 

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd